Page 357 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 357

LAPORAN AKTIVITI  UNIT PATOLOGI KIMIA

          Laporan ringkas aktiviti Unit Patologi Kimia

          1.   Penyertaan dalam program EQA (External Quality Assurance)
          Antara program EQA yang disertai oleh Unit Patologi Kimia adalah Royal College of Pathologists of Australasia (RCPA)
          Quality Assurance Programs, Randox International Quality Assessment Scheme (RIQAS), External Quality Assessment
          Programs (EQAS) dan National Drug Quality Control Programme (NDQCP). Prestasi Unit Patologi Kimia sepanjang
          tahun 2022 adalah sangat memuaskan.

          2.  Kursus Orientasi Pegawai Perubatan Siswazah
          Lawatan ke Unit Patologi Kimia merupakan salah satu aturcara di dalam kursus orientasi Pegawai Perubatan Siswazah.
          Semasa lawatan ini, Pegawai Perubatan Siswazah baru akan didedahkan dengan tatacara penghantaran spesimen
          yang betul dan ujian-ujian yang disediakan di Unit Patologi Kimia. Pada tahun ini tidak Semua Pegawai Perubatan
          Siswazah dibenarkan melawat makmal kerana pandemik Covid- 19. Bagi yang berkesempatan datang ke Jabatan
          Patologi, lawatan hanya diterhadkan di kaunter sahaja.

          3.  Mesyuarat Unit Patologi Kimia
          Sejumlah  empat  (4)  Mesyuarat  Bersama  Staf,  tiga  (3)  Mesyuarat  Pengurusan  Bersama  Pegawai  dan  enam  (6)
          Mesyuarat Kualiti telah dijalankan sepanjang tahun 2022 di peringkat Unit Patologi Kimia. Mesyuarat Kualiti Audit
          Penyeliaan turut diadakan pada akhir tahun untuk membincangkan kesimpulan oleh wakil lawatan Penyeliaan dari
          Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

          4.  Perubahan tender bagi Analyser Chemistry Dan Immunoassay
          Pada awal tahun 2022, pihak kami memperolehi kontrak baru untuk analyser chemistry dan immunoassay dengan
          tempoh kontrak selama 4 tahun. Kontrak ini merupakan kontrak secara berpusat yang turut melibatkan Makmal Satelit
          di HSAJB, dan 2 Makmal Patologi Kimia di HSNI dan HEBHK. Di HSAJB, Makmal Satelit telah siap pemasangan
          sepenuhnya sebelum bulan Mac 2022. Unit Patologi Kimia telah siap pemasangan dan evaluasi pada bulan April 2022
          dan menggunakan platform yang baru ini sepenuhnya pada bulan Jun 2022.



          5.  Perpindahan staf tahun 2022
          Tahun 2022 merupakan tahun di mana terdapat perpindahan 4 orang staf iaitu 3 orang JTMP pada bulan Mac iaitu
          Wendy Maulana, Nurul Fateha dan Amalina serta seorang pakar iaitu Dr. Noor Mohd Firdaus bin Othman pada bulan
          Ogos. Kami turut menerima 3 orang JTMP baru pada bulan Mac 2022.



























                                                                                                           353
   352   353   354   355   356   357   358   359   360   361   362