Page 377 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 377
LAPORAN AKTIVITI JAWATANKUASA 5S
1.0 Program Mentor-Mentee Bersama Jabatan Farmasi HSAJB
Jawatankuasa 5S Jabatan Patologi HSAJB baru ditubuhkan pada tahun 2021. Oleh itu, pihak kami mengambil inisiatif
untuk mewujudkan satu program mentor-mentee, kolaborasi bersama dengan Jabatan Farmasi bagi memberi tunjuk
ajar dan membantu jabatan kami menyelaras aktiviti 5S pada masa akan datang. Dengan persetujuan bersama, satu
CME dan dua lawatan telah diadakan iaitu:
a) CME: Perjumpaan kali pertama antara Jabatan Farmasi & Jabatan Patologi
Pada 9 Ogos 2022, pertemuan secara atas talian melalui ‘Google meet’ di antara Jawatankuasa 5S Jabatan Farmasi
dan Jabatan Patologi telah diadakan. Sesi ini mengambil masa selama satu jam 30 minit (2.30-4.00 petang) dengan
tujuan untuk memberi pendedahan berkenaan konsep 5S kepada ahli jawatankuasa 5S secara khususnya dan
warga patologi secara amnya. Ini secara tidak langsung, membolehkan warga patologi dapat memahami konsep 5S
dengan lebih mendalam dan betul.
b) Lawatan Jawatankuasa 5S Jabatan Patologi ke Jabatan Farmasi
Seramai 20 orang ahli JK 5S, Jabatan Patologi telah mengadakan lawatan ke Zon Sapphire dan Zon Violet di Jabatan
Farmasi HSAJB pada 17 Ogos 2022. Lawatan ini dibahagikan kepada dua kumpulan (10 orang setiap kumpulan)
dan setiap kumpulan mengadakan lawatan ke zon masing-masing dengan diiringi oleh ahli jawatankuasa. Di zon
Sapphire, lawatan dibuat dengan melihat penyusunan stok ubat-ubatan dan pelabelan, fail-fail, penggunaan meja
dan ruang secara optimum. Berikut adalah gambar-gambar di Zon Sapphire dan Zon Violet.
373

