Page 379 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 379
LAPORAN AKTIVITI JAWATANKUASA PELAPORAN INSIDEN (INCIDENT REPORTING)
Terdapat seramai enam Jawatankuasa (JK) termasuk pengerusi. Satu Jawatankuasa mewakili setiap unit di jabatan; Unit
Patologi Anatomi, Unit Hematologi, Unit Patologi Kimia, Unit Kajikuman dan Makmal Satelit.
Pertukaran Jawatankuasa telah berlaku pada tahun 2022 di Unit Patologi Anatomi dan Unit Hematologi. Dua kali
mesyuarat antara jawatankuasa di peringkat Jabatan telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 melalui platfom ‘virtual’.
Dua kali mesyuarat JK Pelaporan Insiden di peringkat hospital telah di hadiri oleh Pengerusi JK Pelaporan Insiden
Jabatan Patologi sepanjang tahun 2022. ‘CME’ Jabatan secara ‘virtual’ anjuran unit Kualiti HSAJB – ‘Incident Report &
Learning System’. Sebanyak 24 kes insiden di Jabatan Patologi sepanjang tahun 2022. Perbincangan mengenai setiap
kes akan di lakukan samaada secara bersemuka dengan jawatankuasa, melalui ‘Whatsapp’ atau semasa mesyuarat
antara JK. Setiap kes insiden akan di kumpulkan di dalam fail di dalam ‘Excel doc google drive’ dimana setiap JK
boleh mengemaskini kes dan fail ini juga akan di kongsikan kepada unit Kualiti HSAJB untuk mengemaskini sebarang
tindakan yang telah diambil oleh Unit Kualiti HSAJB
LAPORAN AKTIVITI JAWATANKUASA RESEARCH
JAWATANKUASA RESEARCH
• Januari 2022: Pengumpulan data tahunan 2021 untuk Jawatankuasa Penyelidikan peringkat kebangsaan
- Unit Anatomic Patologi
- Unit Hematologi
- Unit Patologi Kimia
- Unit Mikrobiologi
• Mac 2022: Pengumpulan data tahunan 2021 untuk peringkat hospital HSAJB.
• 12/4/2022: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (Bil.1).
• 15/11/2022: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (Bil.2).
JAWATANKUASA PGMS
• Pembaharuan keahlian tahunan PGMS serta pendaftaran ahli baru.
• Mesyuarat ahli jawatankuasa:
- 30/3/2022
- 7/9/2022
- 10/10/2022
- 24/11/2022
- 11/12/2022
• AGM: 3/12/2022
• 17/4/2022: Sumbangan alat ICT ke Unit ICT HSAJB.
375

