Page 384 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 384

JABATAN PERUBATAN TRANSFUSI





       PENGENALAN


       Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal
       yang berperanan sebagai pusat rujukan dan juga pusat saringan darah bagi Zon Selatan Negeri Johor kecuali bagi
       Hospital Muar, Segamat dan Tangkak.

       Jabatan ini beroperasi di 3 lokasi berbeza iaitu:

       i.   Pusat Pendermaan Darah di Banglo JKR, Jalan Mahmoodiah. Lokasi ini lebih selesa dan mesra pengguna serta
          menyediakan tempat letak kenderaan untuk penderma darah. Ia mula beroperasi pada 16 November 2017.
              Waktu beroperasi:
              Ahad - Rabu    : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang
              Khamis            : 8.00 pagi sehingga 2.30 petang

              Johor Bahru Blood Donation Suite, The Mall, Mid Valley Southkey telah mula beroperasi pada 6 Jun 2021 dan
          dikendalikan oleh Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dengan kerjasama Unit
          Perubatan Transfusi Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Beroperasi pada setiap hari dari pukul 10.00 pagi sehingga
          6.30 petang.
       i.   Bahagian Transfusi Perubatan dan Immunohematologi menjalankan operasi di tingkat bawah Bangunan Induk,
          Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan beroperasi 24 jam.
       ii.  Bahagian  Komponen,  Makmal  Saringan  Darah  Zon  Selatan  Negeri  Johor,  Bahagian  Inventori  dan  Kualiti
          ditempatkan secara sementara di Jabatan Patologi,Hospital Permai (berikutan insiden kebakaran di Bangunan
          Induk HSAJB pada 25 Oktober 2016).


         VISI                                               MISI



         Sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam           Sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan
         menyediakan darah yang mencukupi dan selamat       berkualiti dengan mengamalkan nilai-nilai murni
         pada setiap masa.                                  dan budaya korporat Kementerian Kesihatan
                                                            Malaysia serta mempertingkatkan pengetahuan dan
                                                            pengalaman demi menjamin kesejahteraan penderma
                                                            darah, pesakit, dan juga setiap lapisan masyarakat.

         OBJEKTIF


         1.   Mewujudkan dan mengekalkan kumpulan penderma darah yang selamat.
         2.  Menyediakan  darah,  komponen-komponen  darah  yang  selamat,  mencukupi  dan  sesuai  melalui  amalan
             prosedur saringan serta penstoran mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Pusat Darah Negara.
         3.  Memastikan penjagaan pesakit yang optima melalui penggunaan darah dan produk darah yang sesuai.
         4.  Meneruskan dan memantapkan lagi hubungan kerjasama dengan hospital-hospital daerah, hospital / klinik
             swasta, hospital-hospital negeri dan Pusat Darah Negara.
         5.  Mengadakan  pendidikan  yang  berterusan  melalui  latihan  sejajar  dengan  keperluan  amalan  dan  teknologi
             dalam bidang perubatan terkini.


       380
   379   380   381   382   383   384   385   386   387   388   389