Page 437 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 437
JABATAN PERUBATAN NUKLEAR
PENGENALAN
Perubatan Nuklear adalah salah satu bidang perubatan yang menggunakan produk beradioaktif bagi mengesan atau
merawat penyakit. Produk beradioaktif untuk kegunaan perubatan boleh wujud dalam bentuk radioisotop sahaja
ataupun radioisotop yang digabungkan dengan bahan farmaseutikal. Produk beradioaktif ini dimasukkan ke dalam
tubuh pesakit sama ada melalui suntikan atau minum/makan atau sedutan.
Bagi proses pengesanan penyakit, pesakit akan diimbas dengan menggunakan alat pengesan sinaran seperti kamera
gamma SPECT (Single Photon Emission Computed Tomography) atau PET (Positron Emission Tomography). Taburan
bahan radiofarmaseutikal di dalam badan akan dikesan dan maklumat mengenai fungsi organ tertentu dalam badan
dapat diperolehi. Maklumat yang diperolehi daripada prosedur ini membantu perancangan rawatan yang seterusnya
kepada pesakit.
Myocardial Perfusion Scan merangkumi hampir 80% daripada jumlah kes diagnostik Jabatan Perubatan Nuklear HSAJB.
Dengan adanya Cardiac Dedicated Gamma Camera, temujanji pesakit dapat dikurangkan berbanding tahun-tahun
sebelum adanya mesin tersebut di jabatan ini.
Sebahagian besar perkhidmatan yang dijalankan di jabatan ini adalah pengimejan Bagi perkhidmatan rawatan pula,
jabatan ini menjalankan rawatan bagi pesakit hyperthyroid dengan menggunakan bahan radiofarmaseutikal Radioiodin
I-131 dalam bentuk kapsul. Rawatan ini dijalankan dengan pengendalian atau penyeliaan oleh pakar Perubatan Nuklear
bagi memastikan dos aktiviti tersebut pada nilai yang dibenarkan, dan pesakit terlebih dahulu diberikan penerangan
mengenai proses rawatan tersebut sebelum pesakit dikehendaki menelan kapsul Radioiodin I-131 tersebut.
VISI MISI
Sebagai pusat rujukan perkhidmatan Perubatan Kami sebagai satu pasukan Perubatan Nuklear yang
Nuklear serta pusat latihan dan penyelidikan komited dalam memberikan perkhidmatan dan
berdasarkan teknologi terkini di wilayah Selatan latihan yang optimum dan berkualiti tinggi dalam
Semenanjung Malaysia. usaha meningkatkan taraf kesihatan pelanggan tanpa
mengabaikan aspek keselamatan sinaran radiasi
kepada anggota dan komuniti.
OBJEKTIF
Untuk memberi perkhidmatan Diagnosa, Rawatan dan Pemulihan yang berkualiti dengan cekap dan berkesan
kepada pesakit luar dan dalam supaya menyelamatkan nyawa dan menghilangkan kesakitan bagi mencapai
penyembuhan awal dan maksima.
433

