Page 442 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 442
AKTIVITI, PENCAPAIAN DAN PENGHARGAAN
Jabatan Perubatan Nuklear HSAJB merupakan pusat penempatan bagi latihan klinikal pelajar Sarjana Perubatan
(Perubatan Nuklear). Program pengajian ini adalah di bawah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains
Malaysia. Empat orang pelajar, Dr. Siti Lenggogeni Binti Zainal, Dr. Hazimah Binti Husain@Mohamad, Dr. Mohd Azlan
Bin Mohamed Iqbal dan Dr. Anthony Louis anak Kandau ditempatkan di jabatan ini bagi menjalani latihan klinikal.
Bengkel Pelaksanaan Program Internal Audit (QUANUM) Perubatan Nuklear Peringkat Zon Selatan yang diadakan pada
02-03.07.2023 adalah merupakan program tahunan anjuran Bahagian Radiasi Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP)
KKM. Jabatan kami telah terlibat secara langsung di dalam melaksanakan program tersebut bertempat di Monash
University yang disertai seramai 26 peserta di mana enam orang peserta adalah daripada Jabatan Perubatan Nuklear
HSAJB sendiri.
Pada 22 - 24.09.2022 Jabatan Perubatan Nuklear HSAJB menggalas tanggungjawab kali kedua menjayakan National
Conference of Nuclear Medicine bertempat di KSL Resort Johor Bahru. Hybrid SPECT-CT Imaging ‘When Functional
Meets Structural’ merupakan tema seminar yang dianjurkan sempena sebuah mesin SPECT-CT telah ditempatkan dan
mula beroperasi pada 2021 di Jabatan Perubatan Nuklear HSAJB. Seramai 134 peserta telah hadir dalam merealisasikan
seminar tersebut yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perkembangan YBrs. Dr. Mohd Azman Bin Yaacob dengan
diiringi Pengarah HSAJB YBrs. Dr. Hj Mokhtar Bin Pungut.
Pada 14 - 15.10.2022 bertempat di Lotus Seaview Beach Resort, Jabatan kami berpeluang menganjurkan bengkel
jabatan iaitu Nuclear Medicine Workshop For Manual SOP On SPECT-CT & Post-Mortem NCNM 2022. Di samping
mengadakan bengkel, buat pertama kalinya jabatan kami juga mengambil peluang mengadakan Hari Keluarga yang
pertama semenjak tertubuhnya Unit Perubatan Nuklear pada 1996 sehingga kini telah menjadi sebuah jabatan semenjak
Tahun 2008.
Aktiviti Bergambar
Bengkel Quanum
Bengkel Quanum 2022 Peserta daripada Jabatan Perubatan Nuklear HSAJB
438

