Page 532 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 532
MESYUARAT
Mesyuarat dapat dilaksanakan pada tahun ini bagi tujuan perbincangan isu-isu yang timbul dan penambahbaikan
perkhidmatan Unit FPP, Kaunter Pendaftaran Setempat dan Bilik S17.
BIL . GRED JUMLAH
1. Mesyuarat Jawatankuasa Induk FPP 19/4/2022
2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Pakar FPP 30/8/2022
3. Mesyuarat Unit FPP bersama Jabatan Rehabilitasi 12/9/2022
4. Mesyuarat Unit FPP, Kaunter Pendaftaran Setempat 07/11/2022
dan Bilik S17
PROGRAM VAKSIN PICKids
Unit FPP telah diamanahkan untuk merancang, menguruskan dan melaksanakan Program Vaksin PICKids bersama-
sama Jabatan Pediatrik. Program ini turut dibantu oleh Unit Kejururawatan dan Unit Kesihatan Persekitaran dan
Kesihatan Pekerjaan. Program ini telah berlangsung selama 6 bulan, bermula 9 Februari 2022 sehingga 17 Ogos 2022,
bertempat di Klinik Pediatrik dan Klinik MOPC, Poliklinik Pakar. Sebanyak 880 suntikan vaksin dos pertama dan 825
suntikan vaksin dos kedua telah diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun sepanjang program ini
diadakan.
Timbalan Pengarah Hospital (Perubatan), Dr. Sharath Chandran A/L Subhas Chandran bergambar kenangan bersama-
sama peserta Program Vaksin PICKids dan urusetia program.
528

