Page 528 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 528
UNIT PESAKIT BAYAR PENUH
PENGENALAN
Unit Pesakit Bayar Penuh
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient Service (FPP) telah diperkenalkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru diarahkan untuk melaksanakan perkhidmatan Pesakit
Bayar Penuh (FPP) melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 2/2015 Garis Panduan Pelaksanaan Perintah
Fi (Perubatan) (Pesakit Bayar Penuh) 2007 (Semakan 2015) bertarikh 19 Mac 2015. Pelaksanaan perkhidmatan Pesakit
Bayar Penuh (FPP) di Hospital Sultanah Aminah telah bermula pada 24 Julai 2016.
Melalui perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP), pesakit akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi kerajaan bagi
mendapatkan perkhidmatan rawatan pakar di hospital. Seterusnya sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi
oleh hospital melalui perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) akan diberikan kepada pakar yang berdaftar di bawah
perkhidmatan ini. Dengan pelaksanaan perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh ini juga akan dapat mengurangkan beban
kerajaan dalam menanggung beban subsidi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat yang berkemampuan untuk
membayar caj rawatan sepenuhnya.
Berikut adalah kemudahan yang ditawarkan di Unit Pesakit Bayar Penuh (FPP):
• Kelebihan untuk memilih doktor yang menyertai program FPP.
• Laluan giliran khas untuk mendapatkan rawatan di Klinik Pakar.
• Menikmati beberapa kemudahan istimewa seperti kemudahan rawatan bagi prosedur dan pembedahan serta Wad
Kelas Pertama.
Kaunter Pendaftaran Setempat dan Bilik S17
Selain itu, Kaunter Pendaftaran Setempat dan Bilik S17 merupakan kaunter pendaftaran pesakit dan pusat pengambilan
darah untuk Klinik MOPC, Klinik Nefrologi, Klinik Penyakit Berjangkit (ID), Klinik Hematologi, Klinik INR, Klinik Neurologi,
Klinik Gastrologi, Klinik Kardiotorasik, Klinik Kardiologi dan Klinik Perubatan Rehabilitasi. Unit ini juga merupakan pusat
penyimpanan kad pesakit untuk klinik-klinik tersebut.
OBJEKTIF
Unit Pesakit Bayar Penuh
Tujuan perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) diperkenalkan adalah bagi mengatasi masalah penghijrahan
Pegawai Pakar Perubatan ke sektor swasta. Penghijrahan Pegawai Pakar Perubatan ke sektor swasta telah
menjejaskan perkhidmatan khusus apabila pakar tersebut adalah merupakan satu-satunya pakar yang ada di
hospital berkenaan.
Kaunter Pendaftaran Setempat dan Bilik S17
Kaunter Pendaftaran Setempat dan Bilik S17 diwujudkan bagi memudahkan pendaftaran pesakit, kutipan hasil dan
pengambilan darah pesakit Klinik MOPC, Klinik Nefrologi, Klinik Penyakit Berjangkit (ID), Klinik Hematologi, Klinik
INR, Klinik Neurologi, Klinik Gastrologi, Klinik Kardiotorasik, Klinik Kardiologi dan Klinik Perubatan Rehabilitasi.
Selain itu, penubuhan unit ini adalah bagi mengurangkan beban tugas staf klinik dengan menggunakan staf yang
sama untuk prosedur kerja yang sama.
524

