Page 591 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 591

UNIT PENGURUSAN ASET





          PENGENALAN


          Unit Pengurusan Aset (UPA) merupakan sebuah unit di bawah Bahagian Pengurusan, HSAJB. UPA telah ditubuhkan
          secara rasminya pada 20 Januari 2010.

          UPA terdiri daripada dua (2) seksyen iaitu Seksyen Aset Alih  dan Seksyen Stor . Jumlah keseluruhan perjawatan di UPA
          adalah seramai 10 orang – 10 orang di Seksyen Aset Alih Kerajaan dan dua (2) orang di Seksyen Stor. Pada tahun 2022,
          UPA telah menerima 6 orang personel MySTEP untuk membantu menyelesaikan tugas-tugas yang tertunggak.

          Fungsi utama tugas UPA adalah seperti berikut:

          Seksyen Aset Alih

          •   Menguruskan pendaftaran Aset Alih Kerajaan;
          •   Menguruskan perpindahan Aset Alih Kerajaan;
          •   Menguruskan pelupusan Aset Alih Kerajaan;
          •   Menguruskan kehilangan Aset Alih Kerajaan;
          •   Menguruskan hapuskira Aset Alih Kerajaan;
          •   Memperakaunkan aset alih;
          •   Urusetia kepada Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan peringkat hospital;
          •   Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat hospital; dan
          •   Menyediakan laporan bulanan, suku tahun dan tahunan berkaitan pengurusan Aset Alih Kerajaan peringkat hospital.

          Seksyen Stor

          Urus setia bagi Verifikasi Stor peringkat hospital untuk stor-stor utama seperti berikut:

          •   Stor Ubat dan Bukan Ubat, Jabatan Farmasi;
          •   Stor Hematologi, Patologi Kimia, Histopatologi, Mikrobiologi, SMT, Sitologi dan Makmal Satelit, Jabatan Patologi;
          •   Stor Bekalan Makanan, Jabatan Sajian & Dietetik; dan
          •   Stor Alat Tulis, Unit Pengurusan Aset;
          •   Menguruskan pembelian dan membekalkan alat tulis, kertas, barang percetakan, bekalan pejabat, toner, bateri dan
              barang-barang consumables domestik (seperti sabun dan sebagainya) kepada jabatan/unit/wad/klinik;
          •   Menguruskan percetakan borang-borang rawatan/perubatan, resit-resit bayaran, kad rawatan dan slip ubat;
          •   Menjalankan perkhidmatan riso borang-borang keperluan di jabatan/unit/wad/klinik; dan
          •   Menguruskan pembekalan cop bagi warga kerja hospital.















                                                                                                           587
   586   587   588   589   590   591   592   593   594   595   596