Page 594 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 594
AKTIVITI UNIT PENGURUSAN ASET SEPANJANG TAHUN 2022
PELUPUSAN ASET
Antara aktiviti pelupusan aset adalah mengemaskini dan menyusun aset-aset yang berada di stor pelupusan aset,
mengemaskini maklumat aset yang berada di stor, mengangkut aset di lokasi user ke stor pelupusan dan melupuskan
aset kepada syarikat yang telah dilantik.
Taklimat Pengurusan Aset dan Taklimat Pemeriksaan Aset telah dilaksanakan sebanyak tiga (3) siri pada tahun 2022.
Taklimat ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan Pegawai Aset Lokasi yang telah dilantik dalam tatacara
Pengurusan Aset Alih Kerajaan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa serta melatih Pegawai Pemeriksa Aset
tatacara pelaksanaan pemeriksaan aset alih.
590

