Page 619 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 619

SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN




         PENGENALAN

          Seksyen Khidmat Pelanggan (SKP) telah ditubuhkan pada tahun 1942 mengikut sejarah Hospital Sultanah Aminah
          Johor  Bahru  (HSAJB).  Terletak  di  Bangunan  Induk  berdekatan  dengan  pintu  masuk  utama  lobi  Hospital  Sultanah
          Aminah.Terdapat 13 orang anggota kerja yang diketuai oleh Ketua Seksyen Khidmat Pelanggan N22 (KUP). Seksyen
          Khidmat Pelanggan telah diserapkan di bawah Unit Komunikasi Korporat (UKK) yang baharu ditubuhkan di HSAJB
          pada akhir tahun 2009 yang diketuai oleh Pegawai Penerangan S41/S44 merangkap Ketua (UKK). Kumpulan sasaran
          dan pelanggan SKP adalah pelanggan dalaman iaitu anggota kerja HSAJB dari semua unit atau jabatan dan juga
          pelanggan luaran iaitu pesakit serta orang awam yang datang berurusan dengan pihak hospital.

 SUMBANGAN ALATAN PERUBATAN OLEH SUPREMACY INTEGRITY BERHAD
            VISI                                              MISI


            Membentuk kerja berpasukan ke arah kerja berkualiti   Memastikan semua anggota SKP sentiasa komited
            dalam kalangan anggota serta mengamalkan          dan berusaha untuk mengamalkan fungsi jabatan.
            peraturan ,etika disiplin dan cara pematuhan kerja
            secara profesional.



            OBJEKTIF


            Untuk  memberi  perkhidmatan  perhubungan  komunikasi  yang  berkualiti,  cekap  dan  berkesan  di  antara  pihak
            hospital dengan orang awam dalam membantu mencapai objektif HSAJB.





          FUNGSI JABATAN

            Pejabat Perkhidmatan Pelanggan terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu SKP dan Unit Pengurusan Maklumat
            melalui talian telefon kepada pelanggan dalaman mahupun luaran.
          •   SKP  bertanggungjawab  dalam  mengendalikan  semua  panggilan  telefon  yang  menggunakan  nombor  talian
              telefon umum hospital. Panggilan telefon ini termasuk daripada pelanggan dalaman atau luaran.
          •   Unit Pengurusan Maklumat kepada pelanggan melalui talian telefon adalah berperanan sebagai sumber untuk
              menyampaikan sebarang info berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelanggan dalaman dan luaran.




          MAKLUMAT PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

          Perkhidmatan yang terdapat di SKP adalah sistem PABX. Sistem ini digunakan untuk mengendalikan panggilan keluar
          dan masuk. Model sistem yang digunakan adalah Ericsson MD110. Sistem ini dikendalikan sepenuhnya menggunakan
          papan suis. Kemudahan speed dial juga dibuat bagi memudahkan anggota serta pelanggan dalaman mendail nombor
          yang dikehendaki dengan kadar segera .Kemudahan ini dibuat dengan bantuan pembekal sistem.




                                                                                                           615
   614   615   616   617   618   619   620   621   622   623   624