Page 622 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 622
UNIT PERPUSTAKAAN
PENGENALAN
Perpustakaan Perubatan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) yang kini beroperasi di Bangunan Rose
mempunyai sebanyak 4,620 naskhah koleksi monograf (bercetak) dan 1,477 naskhah koleksi terbitan bersiri (jurnal,
majalah, laporan tahunan).
Unit Perpustakaan diterajui oleh dua (2) orang pegawai iaitu Pustakawan S41 dan Pembantu Pustakawan S22.
Kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Perubatan ini antaranya adalah pinjaman koleksi bahan rujukan, bilik
perbincangan, ruang bacaan dan perkhidmatan mendapatkan bahan rujukan terpilih.
Bagi tahun 2022, Unit Perpustakaan tidak membuat pembelian buku / jurnal / majalah. Walau bagaimanapun Unit
Perpustakaan masih menerima buku-buku laporan tahunan dan buletin dari agensi kerajaan, badan berkanun dan
orang perseorangan yang berjumlah 45 unit dan ianya merupakan hadiah dan sumbangan. Selain itu, Unit Perpustakaan
juga menerima sebanyak 16 buah jurnal perubatan dari sumbangan individu. Pihak KKM juga telah melanggan semula
pangkalan data dalam talian (online database) untuk kegunaan semua warga KKM di seluruh Malaysia (https://vlib.
ovidds.com/) yang mempunyai pelbagai bahan rujukan dalam talian seperti e-books dan online journals.
VISI MISI
Menjadi pusat rujukan maklumat dan ilmu untuk Menyediakan bahan maklumat perubatan dan
warga HSAJB khususnya dan warga KKM umumnya. kesihatan yang terkini untuk tujuan pembelajaran dan
penyelidikan.
FUNGSI UNIT
• Mengurus perolehan bahan koleksi perpustakaan secara pembelian atau hadiah berdasarkan polisi kerajaan.
• Mendokumentasi bahan perpustakaan mengikut sistem National Library of Medicine (NLM), Dewey Decimal
Classification (DDC).
• Mengurus pemeliharaan dan pemuliharaan bahan rujukan perpustakaan.
• Mengendalikan pinjaman bahan untuk pengguna perpustakaan.
618

