Page 68 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 68

WAD CTW


       Wad kardiotorasik atau CTW terletak pada bahagian kiri sayap timur tingkat satu bangunan utama HSAJB. Terletak
       berhadapan dengan wad CICU. Wad CTW penting bagi menyediakan pesakit dalam menghadapi pembedahan dan
       membantu pesakit untuk pulih dengan segera selepas pembedahan.



       DEWAN BEDAH KARDIOTORASIK


       Dewan Bedah Kardiotorasik ini terletak di Kompleks Utama Dewan Bedah HSAJB yang berada di Aras 1 Bangunan
       Induk. Terdapat dua dewan bedah yang telah digazetkan sebagai Dewan Bedah kardiotorasik yang dilengkapi dengan
       kemudahan yang lengkap dan mencukupi. Beroperasi lima (5) hari seminggu dan pada hari minggu untuk kes-kes
       kecemasan. Dewan bedah ini digunakan untuk kes-kes pembedahan jantung dan torasik bagi pesakit dewasa dan
       kanak-kanak.



       KLINIK KARDIOTORASIK


       Klinik kardiotorasik beroperasi di bangunan Poliklinik HSAJB di aras 1, bilik S8. klinik ini bersaiz kecil dan padat. Ianya
       memberi perkhidmatan kepada semua pesakit dan bentuk perkhidmatan berdasarkan janji temu. Antara perkhidmatan
       adalah seperti berikut:

       •   Klinik Rujukan Pakar: Semua pesakit yang dirujuk ke klinik ini mestilah di rujuk oleh Pakar Kardiologi atau Pakar
          Respiratori.
       •   Klinik Rawatan Ulangan : Semua pesakit yang telah menjalani pembedahan adalah dikehendaki untuk datang ke
          klinik ini enam (6) minggu dari tarikh keluar wad.
       •   Klinik Antikoagulasi : Pesakit yang menggunakan ubat Wafarin adalah dikehendaki untuk datang ke klinik ini dan
          menjalani pemeriksaan INR untuk memastikan tahap antikoagulasi adalah selamat dan mencukupi.


       BILIK ECHO KARDIOTORASIK


       •   Prosedur  Basic Transthoracic Echocardiography
       •   Prosedur  Advanced Transthoracic Echocardiography
       •   Prosedur  Transesophageal Echocardiography


       AKTIVITI JABATAN


       A . KURSUS / BENGKEL YANG DIANJURKAN


       BASIC SUTURING SURGICAL WORKSHOP

       Tarikh                : 30 / 06 / 2022
       Tempat                : Bilik Seminar Kardiotorasik
       Kumpulan Sasaran      :  Pegawai Perubatan dan Paramedik





       64
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73