Page 65 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 65

JABATAN PEMBEDAHAN KARDIOTORASIK





         PENGENALAN


         Perkhidmatan Jabatan Pembedahan Kardiotorasik di mulakan pada bulan September 1996 dan dibuka secara rasmi
         oleh bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chua Jui Meng pada 14 Ogos 1997 Jabatan ini menawarkan perkhidmatan
         pembedahan  jantung  seperti  Pembedahan  pintasan  koronari  arteri,  pembedahan  injap,  pembedahan  torasik  dan
         pembedahan jantung kanak–kanak (ASDV, VSD, PDA).

         Skop perkhidmatan Jabatan ini berfungsi melalui empat (4) unit utama iaitu Klinik Kardiotorasik (CTK), Wad Kardiotorasik
         (CTW), Dewan Bedah Kardiotorasik (COT) dan Wad Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU). Kesemua unit-unit ini serta
         pentadbirannya adalah dibawah pentadbiran Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik. Sebarang perkara dan hal yang
         melibatkan atau membabitkan unit-unit ini termasuklah kakitangan-kakitangan yang bertugas di dalamnya mestilah
         dirujuk terlebih dahulu kepada Ketua Jabatan.


            VISI & MISI                                       OBJEKTIF


            •   Untuk menjadi satu pusat kecemerlangan        Jabatan Pembedahan Kardiotorasik akan melaksanakan
               Perkhidmatan Kardiotorasik yang terunggul di   semua  tugas  yang  diamanahkan  dengan  sebaik
               wilayah Selatan.                               mungkin, melak sanakannya dengan penuh
                                                              tanggungjawab, penuh kesedaran, penuh kesabaran,
            •   Untuk melestarikan secara optimum             secara  berkesan  dan  penuh  profesionalisma;  serta
               kecemerlangan Perkhidmatan Kardiotorasik yang   sangat  prihatin,  bersopan  santun  dan  penyayang
               berkualiti.                                    terhadap  semua  pelanggan,  demi  untuk  mencapai
                                                              objektif berikut:
                                                              •   Menjadi satu pusat kecemerlangan yang
                                                                  terunggul
                                                              •   Memberi perkihdmatan kardiotorasik yang
                                                                  berkualiti tinggi
                                                              •   Menjadi satu pusat rujukan yang utama untuk
                                                                  wilayah selatan
                                                              •   Menjadi satu pusat latihan pembedahan
                                                                  kardiotorasik yang utama




















                                                                                                            61
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70