Page 98 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 98
JABATAN OFTALMOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) adalah pusat rujukan untuk penyakit mata bagi
Negeri Johor. Ia menyediakan perkhidmatan oftalmologi yang menyeluruh merangkumi pengesanan, perawatan,
pembedahan dan pemulihan. Selain perkhidmatan klinikal, Jabatan Oftalmologi juga merupakan pusat latihan untuk
pelajar perubatan, optometri, paramedik,sarjana dan pakar yang menjalani latihan subkepakaran oftalmologi.
VISI MISI
Jabatan oftalmologi akan menjadi sebuah jabatan Jabatan oftalmologi komited untuk memberi
yang cemerlang dalam memastikan rakyat bebas perkhidmatan yang efisien, efektif dan berkualiti
penyakit dan masalah mata di samping kepuasan dan di dalam suasana mesra kepada sesiapa yang
keselesaan pesakit diutamakan. memerlukan dengan kemudahan teknologi terkini.
OBJEKTIF
• Menyediakan perkhidmatan rawatan dan perawatan yang cemerlang dalam persekitaran mesra pesakit.
• Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kesihatan mata melalui program-program saringan
penglihatan, ceramah dan sebagainya.
• Sebagai pusat pembelajaran dan latihan pelajar perubatan, sarjana oftalmologi, optometri, paramedik dan
subkepakaran oftalmologi.
• Mengambil bahagian dalam pembangunan profesional berterusan bagi anggota-anggota melalui program
pembelajaran berterusan.
• Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal melalui pengumpulan data berterusan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Perkhidmatan Utama Jabatan Oftalmologi adalah seperti berikut:-
• Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar
Jabatan ini berfungsi sebagai klinik pakar yang hanya menerima pesakit yang dirujuk oleh doktor atau
optometris sama ada dari hospital kerajaan atau hospital swasta.
• Pusat Rujukan Tertiari
Klinik mata menerima kes-kes rujukan daripada Jabatan Oftalmologi dan klinik-klinik mata yang lain di
Negeri Johor sebagai pusat rujukan tertiari.
Menerima rujukan untuk rawatan suntikan intravitreal (IVT).
Menerima rujukan untuk perkhidmatan lawatan subkepakaran glaucoma, medical retina dan vitro retina
(visiting glaucoma/ MR/ VR).
94

