Page 103 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 103

JABATAN OTORINOLARINGOLOGI (ORL)






          PENGENALAN


          Perkhidmatan Perawatan  Kepakaran Otorinolaringologi (ORL), Pembedahan Kepala dan Leher, telah bermula sejak
          tahun  60an  di  Hospital  Sultanah  Aminah  Johor  Bahru  (HSAJB),  yang  dahulunya  dikenali  sebagai  Jabatan  Telinga,
          Hidung dan Tekak. Jabatan ini menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Pendengaran atau Audiologi sejak tahun 1972
          dan Perkhidmatan Pemulihan Pertuturan yang bermula pada tahun 2006.



             OBJEKTIF


             Memberikan  Perkhidmatan  Kepakaran  dan  Pembedahan  Otorinolaringologi  serta  Perawatan  rehabilitasi
             Audiologi dan Terapi Pertuturan selain menjadi pusat rujukan dan latihan yang berkualiti bagi menyediakan
             anggota yang berkemahiran, profesional dan efisien dalam  memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.



          FUNGSI JABATAN


          •   Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan perawatan kepada pesakit-pesakit yang datang ke klinik Pakar ORL.
          •   Memberikan rawatan pesakit kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad.
          •   Memberi perkhidmatan rawatan bagi kes-kes rujukan dari Jabatan atau Hospital lain.
          •   Memberikan khidmat pembedahan bagi kes- kes ORL secara elektif.
          •   Pembedahan kecemasan ORL.
          •   Khidmat pembedahan Daycare atau kes-kes di bawah bius setempat.
          •   Menyediakan perkhidmatan Allergy ‘Skin Prick Test’
          •   Menyediakan kemudahan khidmat Ujian Pendengaran.
          •   Memberikan khidmat Rehabilitasi Pendengaran.
          •   Menjalankan ‘High Risk Newborn Hearing Screening’.
          •   Menyediakan khidmat Rehabilitasi Pertuturan.
          •   Menyediakan  perkhidmatan  ‘Flexible  Endoscopic  Evaluation  of  Swallowing’  (F.E.E.S)  bagi  pesakit-pesakit
             ‘dysphagia’.

          PENCAPAIAN


          •   Mempunyai Pakar Perunding dengan sub kepakaran dalam bidang ‘Rhinology’
          •   Mempunyai  seorang kakitangan paramedik yang mempunyai pos basik dalam bidang perawatan ORL
          •   Mempunyai lima (5) orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) bagi Unit Audiologi di Jabatan ORL.
          •   Mempunyai  Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bagi Unit Terapi Pertuturan di Jabatan ORL.






                                                                                                            99
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108