(Artikel ini dipetik dari portal http://www.myhealth.gov.my. Sila ke portal tersebut untuk pelbagai artikel kesihatan.)
Apakah kebaikan kanta sentuh?
Kebaikannya boleh dikelaskan kepada aspek berikut:
- Fizikal:
- Ia selamat dan terdiri dari pelbagai jenis yang boleh menepati cita rasa anda
- Ia tidak akan jatuh semasa anda sedang bermain, menari atau bersenam
- Ia tidak akan berkabus jika anda bergerak dari kawasan sejuk ke panas dan lembap
- Ia tidak akan memantulkan cahaya seperti sesetengah kaca mata
- Fungsinya lebih baik berbanding kaca mata biasa jika anda aktif dalam kegiatan sukan. Ini kerana kanta sentuh memberikan medan penglihatan yang lebih luas,lebih jelas dan mengurangkan risiko kecederaan
- Kosmetik:
- Kanta sentuh membuat anda nampak lebih menarik dan bergaya!
- Kornea atau anak mata yang tidak cantik boleh disembunyikan di sebalik kanta sentuh yang berwarna
- Ia menaikkan tahap keyakinan diri anda
- Optikal:
- Kanta sentuh memberikan
- Imej yang lebih besar
- Penyebaran cahaya yang lebih baik
- Kurang penyimpangan imej di bahagian sisi
- Pandangan yang lebih luas
- Penglihatan yang lebih jelas
- Perubatan:
- Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk
- Luka/ulser di kornea
- Bullous keratitis
- Sindrom Steven-Johnson
- Neuroparalytic keratitis
- Exposure keratitis
- Kanta sentuh yang keras boleh digunakan untuk:
- Keratoconus
- Mata kering
- Astigmatism yang serius
- Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk
Bilakah saya boleh mula menggunakan kanta sentuh?
- Dapatkan nasihat pakar penjagaan mata (optometrist).
- Pada umur 11 tahun, mata anda sudah cukup matang, dan anda boleh memakai serta memahami arahan penggunaan kanta sentuh dengan baik.
Adakah penggunaan kanta sentuh mempunyai sebarang keburukan?
- Masalah boleh berlaku jika kanta sentuh dibiarkan terlalu lama dalam mata dan tidak direndam dalam solusi khas
- Dalam situasi ini, anda boleh mendapat jangkitan pada mata, parut dalam kornea dan jadi buta
Kerosakan pada kanta.
- Anda boleh mengelakkan kerosakan kepada kanta sentuh dengan menyimpannya di dalam bekas yang telah disediakan
- Anda perlu pastikan kuku anda pendek bila memakai kanta sentuh
Kehilangan kanta
- Untuk mengelakkan kanta anda hilang, pemakaian kanta sentuh mesti dilakukan di atas meja
| Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
| Penulis | : | Dr. Nor Asiah Hashim |
| Penyemak | : | Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh |
