Page 107 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 107
JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA
PENGENALAN
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) mula diterajui oleh Ketua Jabatan yang
merupakan Pakar Perubatan Kecemasan bermula pada tahun 2003. Pada 2 Februari 2009 Jabatan ini telah berpindah
ke bangunan baharu yang menyediakan fasiliti yang lebih baik.
Pada masa ini jabatan mempunyai anggota jabatan seramai 294 orang yang terdiri daripada Pakar Perubatan
Kecemasan, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu
Perawatan Kecemasan, Pembantu Tadbir dan Pemandu Ambulans.
Jabatan Kecemasan dan Trauma telah melalui beberapa fasa projek naik taraf untuk menambahbaik mutu perkhidmatan
perubatan kecemasan. Antara projek naik taraf yang telah dilakukan Respiratory Infectious Complex (RIC) yang
menyediakan ruang rawatan penyakit berjangkit, Emergency Critical Care untuk perawatan pesakit kritikal, naik taraf
bilik seminar Jabatan Kecemasan dan Trauma, naik taraf Primary Triage dan Secondary Triage serta projek naik taraf
Fever Centre dan laluan ambulans. Jabatan Kecemasan dan Trauma juga telah merancang beberapa lagi projek naik
taraf pada tahun ini. Antaranya projek naik taraf yang dirancang adalah projek naik taraf zon Hijau dan projek pembelian
dan menempatkan mesin CT Scan di Jabatan ini.
Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan pusat rujukan tertiary yang beroperasi 24 jam untuk memberikan rawatan
kritikal kepada pesakit sama ada kes trauma atau bukan trauma. Perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi
perkhidmatan Pre Hospital Care and Ambulance Services, perkhidmatan perawatan kesihatan dan perkhidmatan
tambahan. Jabatan ini juga menjadi pusat latihan klinikal kepada Pegawai Perubatan Siswazah, Pelajar Perubatan,
Pelajar Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan.
VISI MISI
Kami komited untuk menyediakan rawatan yang Professionalisme dan kerjasama ke arah
tepat, cepat dan perkhidmatan penjagaan dalam kecemerlangan perkhidmatan kecemasan
cara yang sopan untuk memastikan keperluan dan
kepuasan pelanggan dipenuhi.
FUNGSI JABATAN
Fungsi Jabatan Kecemasan dan Trauma terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu:
• Perkhidmatan Pre Hospital Care dan Ambulances Services
• Perkhidmatan Perawatan Kesihatan
• Perkhidmatan tambahan
103

