Page 112 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 112
MALAYSIAN TRIAGE CATEGORY (MTC) 2022
Tarikh : 13 .07 .02022
Tempat : Auditorium Ixora Hospital Permai
Malaysian triage category (MTC) 2022 merupakan kursus untuk melatih Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai
Perubatan (PPP) untuk melakukan proses triage ke atas pesakit di Jabatan/Unit Kecemasan dan Trauma. Seramai 50
peserta daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAJB, Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Pontian dan Hospital
Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim telah menyertai kursus ini.
KURSUS PRE HOSPITAL CARE (PHC) JOHOR 2022
Tarikh : 7 - 9 Ogos 2022
Tempat : Auditorium Rafflesia Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang
Kursus pre hospital care (PHC) JOHOR 2022 adalah kursus anjuran Jabatan Kecemasan dan Trauma yang diadakan
setiap dua (2) tahun. Kursus ini telah disertai oleh 60 orang peserta daripada jabatan/unit Kecemasan dan Trauma serta
Klinik Kesihatan seluruh Negeri Johor. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan latihan berkenaan
pengendalian pesakit di peringkat Pra Hospital yang lebih berkesan serta memberi pembelajaran secara komprehensif
berkenaan perawatan kecemasan supaya keputusan yang bijak dan cepat dapat diambil untuk menstabilkan pesakit.
108

