Page 315 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 315

JABATAN PERUBATAN KARDIOLOGI




          PENGENALAN

          Jabatan  Kardiologi    mula  beroperasi  pada  bulan  Mei  tahun  1996.  Jabatan  ini  menerima  keseluruhan  pesakit  yang
          mengalami masalah jantung serta menjadi pusat rujukan dari hospital kerajaan dan swasta merangkumi bahagian
          selatan  Semenanjung  Malaysia.  Jabatan  Kardiologi  menyediakan  kemudahan  yang  canggih  dan  moden  termasuk
          sebuah makmal pengimejan jantung berkomputer, kemudahan ujian echocardiography, ECG, ujian senaman (stress
          test) serta ujian Holter.


            VISI                                               MISI


            Menjadi pusat Kardiovaskular yang cemerlang dan    Menyediakan perkhidmatan Kardiovaskular yang
            bertaraf antarabangsa                              cemerlang melalui promosi cara hidup, rawatan dan
                                                               pemulihan yang berkualiti.




            OBJEKTIF


            Antara objektif Jabatan Kardiologi adalah:-

            1.  Untuk memberi rawatan yang selamat dan efektif.
            2.  Untuk memberi kaunseling, pendidikan dan rehabilitasi kepada pesakit.
            3.  Untuk melatih Pelajar Perubatan, Pegawai Perubatan, Pakar Perubatan, Basik dan Pos
                 Basik Paramedik.
            4. Untuk menjadi pusat rawatan penyakit kardiovaskular yang cemerlang dengan tujuan meningkatkan mutu
                perkhidmatan dan kesihatan pesakit.





























                                                                                                           311
   310   311   312   313   314   315   316   317   318   319   320