Page 320 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 320

AKTIVITI JABATAN



       1.   Mesyuarat Jabatan Kardiologi  bersama anggota dalaman telah diadakan sebanyak 2 kali pada tahun 2022.
       2.  Mesyuarat Mortality Jabatan Kardiologi  tidak dapat diadakan pada tahun 2022.
       3.  Ketua Jururawat bersama kakitangan wad melakukan kerja-kerja aktiviti gotong royong membersihkan wad dan
          stor.
       4.  Mengemaskinikan dan menukarkan fail-fail yang lama kepada baru.



       HARI KELUARGA JABATAN KARDIOLOGI
       Program Hari Keluarga telah diadakan pada 2hb Disember 2022 - 3hb Disember 2022 di LOTUS Desaru Spa & Beach
       Resort. Program Hari Keluarga yang diadakan untuk warga kerja Jabatan Kardiologi HSAJB bagi merapatkan silaturrahim
       dan semangat kekeluargaan Jabatan Kardiologi.



       KESIMPULAN
       Tahun 2022 memberi cabaran dan dugaan kepada anggota Jabatan Kardiologi dalam memberikan perawatan terbaik
       untuk pelanggan. Kes kemasukan dan pindah semakin bertambah setiap hari yang amat memerlukan jagaan dan
       perawatan  berkaitan  penyakit  jantung.  Kami  sebagai  anggota  kerja  Jabatan  Kardiologi  Hospital  Sultanah  Aminah
       sedaya upaya memberikan perawatan dan perkhidmatan berkualiti dan berkesan agar pelanggan menerima perawatan
       terbaik supaya dapat mengekalkan status kesihatan mereka bagi menikmati kehidupan yang bermutu. Untuk tahun
       2023  kami  akan berusaha dengan penuh semangat untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, cekap dan
       berkesan supaya dapat memenuhi kehendak pelanggan demi kecemerlangan masa hadapan.












































       316
   315   316   317   318   319   320   321   322   323   324   325