Page 337 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 337

JABATAN PEDIATRIK





         PENGENALAN


         Jabatan Pediatrik HSAJB memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.  Jabatan
         Pediatrik HSAJB juga menjadi pusat rujukan bagi wilayah selatan yang meliputi pelbagai bidang sub kepakaran seperti
         Pediatrik Kardiologi, Neonatal, Paediatric Palliative Care, Pediatrik Respiratori dan Pediatrik Neurologi serta termasuk
         memberi perkhidmatan lawatan pakar di hospital-hospital dalam daerah Johor Bahru.





            VISI                                               MISI


            Sebagai pusat perkhidmatan rawatan pediatrik       Memberi perkhidmatan pediatrik yang berkualiti
            yang unggul, disamping menjadi pusat latihan dan   melalui semangat kerja berpasukan, penyayang dan
            penyelidikan dalam bidang kesihatan kanak-kanak.   profesionalisme demi kepuasan pelanggan.


            OBJEKTIF


            Jabatan Pediatrik bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan seperti:

            1.   Untuk menjadi pusat rujukan perawatan pediatrik.
            2.  Untuk menjadi “advocate” bagi kesihatan dan kebajikan kanak-kanak.
            3.  Untuk meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak dalam komuniti.
            4.  Untuk menyediakan dan menjalankan latihan berterusan dan penyelidikan perubatan.
            5.  Untuk mengurangkan kadar kematian dan ketidakupayaan di kalangan kanak-kanak.





         FUNGSI JABATAN


         •   Memberi perkhidmatan rawatan “secondary” dan “tertiary” untuk pesakit dalam dan luar bagi bayi baru lahir serta
             kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun. Perkhidmatan rawatan boleh dilanjutkan bagi kanak-kanak berumur
             lebih 12 tahun bagi kes-kes tertentu.
         •   Pusat rawatan harian kanak-kanak pesakit yang tidak memerlukan kemasukan ke wad.
         •   Sumber rujukan bagi kes-kes sub kepakaran dari hospital-hospital lain.
         •   Sebagai pusat latihan bagi Pegawai Perubatan dan Paramedik di dalam bidang pediatrik.
         •   Pusat penyelidikan klinikal dalam bidang pediatrik dan jaminan kualiti (Quality Assurance).
         •   Mengambil bahagian dalam menangani isu kesihatan kanak-kanak.








                                                                                                           333
   332   333   334   335   336   337   338   339   340   341   342