Page 350 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 350
JABATAN PATOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Patologi ialah jabatan sokongan klinikal yang bertanggungjawab menjalankan ujian makmal rutin dan khas,
analisis dan penyiasatan spesimen daripada pesakit atau klien untuk membantu pegawai atau pakar perubatan dalam
membuat diagnosis dan seterusnya memberikan bantuan untuk proses rawatan dan penyembuhan.
VISI MISI
Menyediakan perkhidmatan klinikal segera dan tepat • Menyediakan perkhidmatan makmal klinikal
kepada semua klien berkaitan pengurusan rawatan kepada semua klien mengikut amalan yang
pesakit terbaik dengan menggunakan teknologi makmal
yang sesuai.
• Memastikan semua ujian makmal dijalankan
mengikut prosedur yang didokumenkan.
• Memastikan semua staf makmal kompeten,
bertindak segera dan mematuhi polisi dan
prosedur standard makmal seperti yang
digariskan dalam manual kualiti makmal dan
dokumen lain yang relevan.
• Menyediakan sistem pengurusan kualiti makmal
berdasarkan standard ISO/IEC 17025: 1999 dan
ISO 15189: 2014.
OBJEKTIF
1. Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang cekap, dipercayai dan tepat untuk HSAJB dan semua jabatan
klinikal dan kesihatan negeri Johor.
2. Menyediakan perkhidmatan perundingan patologi kepada semua jabatan klinikal dan kesihatan negeri.
3. Menyediakan perkhidmatan perundingan tertiari untuk subspesialiti yang ada di peringkat kebangsaan.
4. Menyediakan perkhidmatan patologi yang cemerlang sebagai pusat rujukan makmal negeri.
5. Menyediakan latihan berkualiti untuk semua staf makmal dari hospital awam, institusi pengajian tinggi awam
dan swasta.
PIAGAM PELANGGAN
• Menyediakan maklumat yang jelas dan lengkap berkaitan semua ujian makmal kepada pelanggan.
• Memproses spesimen dengan prosedur ujian yang dicadangkan.
• Menjalankan ujian makmal dengan tepat, cekap, kebolehulangan dan penjagaan yang tinggi dengan menggunakan
kaedah makmal yang diluluskan dan teknologi makmal yang canggih.
• Menjalankan sampel stat atau penting dengan segera dalam masa yang telah ditetapkan.
• Mengendalikan keputusan dan maklumat ujian pelanggan dengan kerahsiaan.
346

