Page 397 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 397
Temubual TV3 ‘Pendermaan Darah Semasa Bulan Ramadan’
Krew TV3 telah hadir menemubual Pakar Perubatan Transfusi dan penderma darah untuk slot Buletin Utama bertujuan
untuk memastikan penderma darah hadir menderma darah semasa bulan Ramadan.
Bengkel Immunohematologi Peringkat Negeri Johor 2022
Jabatan Perubatan Transfusi telah mengadakan Bengkel Immunohematologi Peringkat Negeri Johor 2022 yang telah
dihadiri oleh Pegawai Perubatan, JTMP dan Pegawai Sains dari seluruh hospital di Negeri Johor. Bengkel ini bertujuan
untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman berkenaan kes-kes immunohematologi dalam kalangan
pegawai yang terlibat.
393

