Page 402 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 402
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Rehabilitasi Spinal
2. Rehabilitasi Amputee
3. Rehabilitasi Stroke
4. Rehabilitasi Neurosurgical & Neuromedical
5. Rehabilitasi Pediatrik
6. Oncologi
7. General Surgery
8. Rehabilitasi untuk trauma kes
9. Wound care.
AKTIVITI JABATAN REHABILITASI
1) Klinik Pakar Bagi Pesakit Luar
Dijalankan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu. Pada setiap hari Khamis dalam minggu kedua (2)
akan dijalankan perkhidmatan Klinik ‘Return to Work’ bersama Pegawai PERKESO, Jurupulih Anggota dan Jurupulih
Carakerja. Pada setiap hari Ahad dalam minggu kedua (2) dan minggu keempat (4) akan diiadakan ‘Wound Clinic’.
Pada setiap rabu dalam minggu keempat (4) akan diadakan klinik ‘Wheel Chair’.
2) Pembukaan Wad Rehabilitasi HSAJB
Wad Rehabilitasi HSAJB mula beroperasi sejak 28 April 2019 dan mempunyai 2 katil lelaki (Wad Barat 2) dan 1 katil
perempuan (Wad PCU). Berikutan peningkatan jumlah pesakit yang semakin meningkat maka terdapat pertambahan
kepada 3 pesakit lelaki dan 1 pesakit perempuan. Pesakit yang dipilih semasa Klinik Pakar akan menjalani program
pemulihan yang intensif dengan kerjasama Jurupulih Anggota dan Jurupulih Carakerja pada setiap hari bekerja.
Walau bagaimanapun, wad telah ditutup semasa pandemik Covid-19 dan perkhidmatan ini dimulakan semula pada
tahun 2022. Namun, perkhidmatan ini tertangguh lagi sejak bulan Januari 2023 untuk memberi laluan kepada projek
‘decanting’ HSAJB.
3) Family Conference
Bertujuan untuk membincangkan proses pemulihan pesakit dan memberi peluang kepada keluarga membincangkan
masalah berkaitan penjagaan dan pemulihan pesakit bersama pasukan Rehabilitasi.
4) Grand Ward Round
Terdiri daripada Pakar Perubatan Rehabilitasi, Pegawai Perubatan Rehabilitasi, Jururawat, Jurupulih Anggota,
Jurupulih Carakerja dan Pegawai Pemulihan Pertuturan. Walau bagaimanapun, Grand Round ditangguhkan pada
tahun 2021 kerana penularan pandemik COVID-19.
5) Sesi Continuous Medical Education (CME)
Dijalankan di peringkat unit pada setiap minggu dan di peringkat jabatan diadakan satu kali pada setiap bulan.
6) Lain-lain aktiviti:-
Jabatan telah menganjurkan acara ‘Limb Loss Awareness Week’ yang berlangsung pada bulan Jun 2022 di Foyer,
Bangunan Poliklinik. Dengan kerjasama pasukan kakitangan dan profesional penjagaan kesihatan yang berdedikasi,
acara ini dijalankan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencegahan Ulser Kaki Diabetes dan proses Rehabilitasi
berikutan amputasi anggota bawah. Melalui perkongsian kami dengan badan-badan yang berkaitan seperti
PERKESO, kami memastikan bahawa setiap orang yang menghadiri acara ini mendapat pemahaman yang lebih
mendalam tentang kehilangan anggota badan dan kepentingan penjagaan dan pemulihan yang betul.
398

