Page 401 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 401
JABATAN PERUBATAN REHABILITASI
PENGENALAN
PENGENALAN JABATAN
Merupakan perkhidmatan yang menumpukan dari aspek kesihatan dan perubatan mengikut keperluan pelanggan
yang mempunyai kelainan upaya (OKU) untuk mencapai tahap keupayaan yang optima (independent level) setara /
bersesuaian dengan ketidakupayaan (disability) dari segi fizikal atau anatomi, batasan keadaan sekitar (enviromental
limitation) dan membantu mereka untuk kembali ke komuniti.
Jabatan Perubatan Rehabilitasi terdiri daripada 4 unit iaitu:-
1. Unit Perubatan Rehabilitasi
2. Unit Pemulihan Anggota (Fisioterapi)
3. Unit Pemulihan Carakerja
4. Unit Pemulihan Pertuturan.
UNIT PERUBATAN REHABILITASI
Unit Perubatan Rehabilitasi beroperasi bermula pada Disember 2008. Sejak tahun 2010, jabatan ini menerima khidmat
pakar lawatan dari Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sultan Ismail, Johor. Jabatan ini diketuai oleh Dr. Phua Chui
Har sejak 1 Mac 2019.
VISI MISI
Untuk mempertingkatkan kualiti hidup dan Untuk membantu pesakit yang kurang upaya untuk
kemampuan pesakit yang kurang upaya untuk mempertingkatkan keupayaannya untuk berdikari
berdikari dengan menyediakan perkhidmatan dengan perkhidmatan Rehabilitasi yang bersepadu
perubatan Rehabilitasi yang sesuai dan mengikut dan menyeluruh, selaras dengan aspirasi Negara.
keperluan.
OBJEKTIF
Untuk menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan serta promosi kesihatan yang
bermutu dengan cekap dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan untuk menyelamatkan nyawa
dan menghilangkan kesakitan bagi mencapai pemulihan yang awal dan maksima serta melayan orang awam dan
pelawat dengan sifat penyayang dan nilai-nilai murni.
397

