Page 447 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 447

JABATAN FARMASI






          PENGENALAN


          Jabatan Farmasi adalah salah satu jabatan sokongan klinikal yang memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal
          di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB).

            VISI                                               MISI


            Mewujudkan perkhidmatan Farmasi dan Bekalan di     Menyediakan perkhidmatan Farmasi yang
            HSAJB yang cekap dan berkesan berteraskan budaya   berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan dan
            korporat KKM.                                      berusaha meningkatkan tahap penjagaan farmasi
                                                               (pharmaceutical care).

            OBJEKTIF



            Untuk memberi perkhidmatan farmasi yang memenuhi piagam pelanggan Jabatan Farmasi HSAJB.





          FUNGSI JABATAN


          1. Penjagaan Pesakit

          1.1.  Farmasi Klinik Pakar:

          •   Menyaring preskripsi dan mendispen ubat kepada pesakit daripada 20 buah klinik pakar dan memberi kaunseling
             pesakit secara individu.
          •   Perkhidmatan tambah nilai (Value-Added Services) seperti Locker4U, PPUSS, Pandu Lalu di dua lokasi, Scan & Collect,
             SMS & Ambil dan ubat melalui pos untuk memudahkan para pesakit mengambil bekalan ubat susulan.
          •   Menjalankan aktiviti Medication Therapy Adherence Clinic (Diabetes Mellitus, Retroviral Disease, Warfarin, Respiratory,
             Thalassemia, Hemophilia, Heart Failure dan Hepatitis) yang bertujuan untuk meningkatkan kepatuhan terhadap ubat-
             ubatan dan juga kualiti kehidupan pesakit.

          1.2.  Farmasi Pesakit Dalam:


          •   Membekalkan ubat-ubatan kepada 43  buah wad dan 41 unit dan klinik termasuk pembekalan bahan psikotropik,
             cecair intravena, floor stock dan ubat troli kecemasan.
          •   Menjalankan aktiviti kaunseling pesakit discaj, bedside dispensing & bedside counseling.
          •   Membekalkan gas perubatan kepada wad/unit.
          •   Menjalankan pemeriksaan wad secara berkala.





                                                                                                           443
   442   443   444   445   446   447   448   449   450   451   452