Page 448 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 448
1.3. Farmakokinetik Klinikal:
• Pemantauan pesakit yang menggunakan ubat yang memerlukan Therapeutic Drug Monitoring (TDM).
• Menilai paras ubat dalam darah pesakit seterusnya memberikan cadangan pengubahsuaian dos yang sesuai
berdasarkan keadaan klinikal pesakit kepada pegawai/pakar perubatan.
1.4. Farmaseutikal Steril:
• Pemantauan pesakit pediatrik dan dewasa yang memerlukan perkhidmatan Parenteral Nutrition (PN) dan
memberi penilaian keadaan klinikal pesakit sebelum penyediaan sediaan PN.
• Pemantauan pesakit di Wad Hematologi sebelum penyediaan rekonstitusi ubat sitotoksik.
• Aktiviti penyediaan radiofarmaseutikal, kawalan kualiti dan pendispensan radiofarmaseutikal dan permonitoran
keselamatan radiasi atau sinaran.
1.5. Pusat Maklumat Ubat:
• Kaunseling pesakit secara berkumpulan dan individu, menjawab pertanyaan ubat, mengumpul dan menyebarkan
maklumat berkaitan ubat-ubatan kepada pesakit dan pegawai perubatan.
• Sebagai sekretariat bagi Mesyuarat Jawatankuasa Ubat dan Terapeutik (JKUT) peringkat hospital.
• Sebagai sekretariat bagi Mesyuarat Jawatankuasa Melulus Bagi Permohonan Ulangan Memperoleh Dan
Menggunakan Ubat Berdaftar Yang Memerlukan Kelulusan Khas.
• Bertanggungjawab terhadap pemprosesan dan penghantaran permohonan untuk memperoleh & menggunakan
ubat yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Malaysia/ Pengarah Kanan
Perkhidmatan Farmasi kepada Cawangan Pengurusan Formulari KKM, penyediaan laporan kesan advers (ADR)
kepada Malaysian Adverse Drug Reactions Advisory Committee (MADRAC), penyediaan laporan kesilapan
pengubatan (MER) kepada Medication Safety System, penyediaan dan pengedaran buletin farmasi dan Drug
Newsletter.
• Mengendalikan pembelajaran berterusan (CPE) dan kelab jurnal untuk anggota Jabatan Farmasi.
• Menyelaraskan pelaporan KPI, PF dan QAP/SIQ.
1.6. Farmasi Wad:
• Menilai kemasukan kes-kes baru dan menyaring nota rawatan pesakit.
• Membuat rondaan setiap hari dengan memantau kesan advers ubat-ubatan, mengemaskinikan profil pesakit
serta memberi pendidikan dan kaunseling.
• Pegawai Farmasi telah ditempatkan di Wad CCU/CRW, CTW, Wad Surgikal Timur 2, Wad Surgical Barat 4, Wad
Kecemasan (A&E), semua wad perubatan, wad pediatrik ( NICU, PICU, BR3, BR4, Timur 5), Wad Neurosurgikal
(NHDU, NSM/NSF), serta ICU Barat/ICU Hybrid dan Dewan Bedah.
2. Pengeluaran Farmaseutikal
2.1. Sediaan Steril: Aktiviti menyediakan admikstur intravena, nutrisi parenteral dan sediaan steril lain seperti ubat titis
mata dan lain-lain.
2.2. Rekonstitusi Ubat Sitotoksik: Aktiviti merekonstitusi ubat sitotoksik secara berpusat untuk kegunaan wad.
2.3. Sediaan Radioaktif: Penyediaan bahan-bahan radioaktif untuk tujuan diagnosa.
2.4. Produk Galenikal: Aktiviti menyediakan ubat-ubatan internal dan eksternal yang tiada dalam pasaran.
2.5. Pra-pembungkusan Semula Ubat-ubatan: Aktiviti pra-pembungkusan semula tablet/kapsul dan galenikal untuk
didispen kepada individu bagi memudahkan pendispensan.
444

