Page 449 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 449
3. Unit Farmasi Logistik
• Menjalankan aktiviti perolehan bagi memesan/ memperoleh ubat-ubatan dan bukan ubat untuk kegunaan hospital
dan klinik kesihatan, bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti penyimpanan yang selamat bagi ubat-ubatan dan
bukan ubat yang diperolehi di dalam stor. Pengagihan ubat- ubatan dan bukan ubat kepada pelbagai disiplin dan
unit di dalam hospital atau poliklinik komuniti.
• Bertanggungjawab ke atas perolehan, penerimaan, penyimpanan dan pembekalan semua item-item ubat dan
bukan ubat bagi semua wad, klinik pakar & unit-unit lain. Sebanyak 112 unit dalaman yang berurusan dengan unit
ini iaitu 97 stor bukan ubat dan 15 stor ubat, dan membekalkan ubat- ubatan kepada Pejabat Kesihatan Daerah
Johor Bahru (PKDJB) untuk senarai A dan A* sahaja.
STATISTIK
1. Beban Kerja
1.1. Farmasi Klinik Pakar:
Bil Butiran/Tahun 2020 2021 2022
1 Jumlah Preskripsi Diterima 565,154 557,165 630,724
2 Jumlah Kaunseling Dijalankan 10,873 10,436 9,283
3 Perkhidmatan Tambah Nilai 99,839 82,398 124,310
– Jumlah preskripsi ulangan didispens
(7 jenis perkhidmatan tambah nilai di-
tawarkan pada tahun 2019)
4 Perkhidmatan MTAC 13,000 14,203 10,162
–Jumlah bilangan kauseling dilaksanakan
(10 jenis MTAC telah dilaksanakan pada
tahun 2019)
445

