Page 523 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 523
UNIT MEDICO LEGAL
PENGENALAN
Setiap aduan dakwaan medico legal (kecuaian perubatan) oleh pesakit mahupun waris perlu diproses dan dikendalikan
dengan teliti agar dapat mencapai satu resolusi yang memuaskan semua pihak. Aduan sebegini juga merupakan satu
peluang untuk pihak pengurusan hospital mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada, agar dapat menjalankan
penambahbaikan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada rakyat.
Penubuhan Unit Medico Legal di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) pada bulan Mei 2019 adalah
bagi memastikan setiap aduan kecuaian perubatan dikendalikan mengikut Garis Panduan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), Guidelines on the Management of Medico Legal Complaints in the Ministry of Health (2nd edition - 2019).
Selain itu, Unit Medico Legal juga bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Penasihat Undang-undang Negeri
Johor dalam pengendalian kes-kes saman kecuaian perubatan terhadap HSAJB, di samping meningkatkan kesedaran
dalam kalangan kakitangan HSAJB berkenaan dengan isu-isu kecuaian perubatan melalui latihan dan ceramah.
VISI MISI
Ke arah perkhidmatan jagaan kesihatan yang selamat Memastikan piawaian perkhidmatan jagaan
dan berkualiti. kesihatan yang selamat, cekap dan berkualiti
melalui pemantauan, perundangan, pengawalan dan
pengawalseliaan.
OBJEKTIF
1. Memastikan aduan-aduan medico legal dikendalikan dengan baik, mengikut tatacara pengendalian yang
dikehendaki KKM.
2. Memantau aktiviti penambahbaikan Jabatan secara berkala demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan
kesihatan.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota-anggota HSAJB dalam isu berkaitan kecuaian perubatan
agar dapat mengurangkan aduan kecuaian perubatan.
FUNGSI JABATAN
• Menguruskan aduan medico legal di peringkat dalaman dengan bertindak sebagai urus setia mesyuarat
Jawatankuasa Penyiasatan Dalaman (JKPD).
• Menguruskan aduan kecuaian perubatan terhadap HSAJB di peringkat KKM dengan bertindak sebagai urus setia
mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Bebas (JKPB)
• Menguruskan kes-kes saman kecuaian perubatan terhadap HSAJB dengan membantu pengendalian kes oleh
Jabatan Peguam Negara / Penasihat Undang-undang Negeri Johor dan bertindak sebagai urus setia mesyuarat
Jawatankuasa Penyiasatan Kes Saman (JKPKS) peringkat KKM.
• Memantau aktiviti penambahbaikan oleh jabatan-jabatan mengikut saranan yang diberikan oleh Jawatankuasa
Penyiasatan Dalaman dan Bebas.
• Memberi kesedaran serta meningkatkan pengetahuan anggota-anggota HSAJB mengenai hal-hal berkaitan
dengan kecuaian perubatan.
519

