Page 525 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 525
AKTIVITI UNIT MEDICO LEGAL (UML) TAHUN 2022
RINGKASAN AKTIVITI:
1. Pengurusan aduan medico legal peringkat dalaman
• Sebanyak dua (2) Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Dalaman (JKPD) untuk kes aduan medico legal telah
diadakan pada tahun 2022.
2. Pengurusan aduan medico legal peringkat
• KKM UML telah bertindak sebagai urus setia dan mengendalikan sebanyak empat (4) mesyuarat
Jawatankuasa Penyiasatan Bebas (JKPB) bagi aduan medico legal.
3.Pengurusan kes saman kecuaian perubatan
• UML telah mengaturkan dua (2) mesyuarat pengurusan kes saman writ bersama Peguam Persekutuan dan
menguruskan keperluan satu (1) kes saman pemula.
• UML juga telah bertindak sebagai urus setia dan mengendalikan dua (2) mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Klinikal
Kes Saman (JKPKS).
4. Pemantauan aktiviti penambahbaikan
• UML telah melengkapkan pelaporan penambahbaikan kepada Bahagian Amalan Perubatan, KKM untuk empat (4)
kes JKPB yang baru dijalankan.
• UML juga telah menjalankan aktiviti audit ke atas tiga (3) buah Jabatan, melibatkan sebanyak lapan (8) kes medico
legal.
5. Aktiviti kesedaran medico legal
• UML telah dijemput untuk memberi ceramah kesedaran medico legal dalam program-program di HSAJB. Sebanyak
lapan (8) jam masa kuliah telah diberikan.
• UML juga telah menyediakan program latihan sangkut untuk penyelaras-penyelaras medico legal dari hospital-
hospital daerah Negeri Johor.
• UML telah menerbitkan satu (1) penulisan e-Newsletter untuk tatapan ramai di laman sesawang HSAJB.
521

