Page 547 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 547

UNIT PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH





         PENGENALAN


         Unit  Pegawai  Perubatan  Siswazah  Hospital  Sultanah  Aminah  mula  ditubuhkan  pada  Julai  2022  yang  bertujuan
         memastikan Pegawai Perubatan Siswazah menjalani latihan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru mengikut garis
         panduan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

         Berdasarkan Buku Garis Panduan Program PPS 2012, setiap Hospital Latihan Siswazah (HLS) mesti menubuhkan
         Jawatankuasa Pegawai Perubatan Siswazah di peringkat hospital dan peringkat jabatan di mana kedua-dua jawatankuasa
         tersebut terdiri daripada Timbalan Pengarah (Perubatan) dan pakar-pakar perubatan yang bertanggungjawab dalam
         memastikan pelaksanaan Program PPS mengikut peraturan yang ditetapkan. Namun begitu, memandangkan portfolio
         utama ahli-ahli dalam kedua-dua jawatankuasa adalah pelbagai, pelaksanaan Program PPS menjadi tidak efisen, tidak
         konsisten dan tidak sistematik. Maka secara amalannya, pengendalian latihan siswazah di setiap HLS dilaksanakan
         oleh  Kumpulan  Pelaksana  Pentadbiran  &  Sokongan  dan  diletakkan  di  bawah  tanggungjawab  Timbalan  Pengarah
         (Perubatan) selaku urusetia Jawatankuasa PPS.

         Sebagaimana umum diketahui, pelaksanaan pelantikan PPS secara kontrak dimulakan sejak Disember 2016. Sejak itu,
         Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP) akan berurusan dengan pihak hospital dengan lebih kerap seperti urusan
         pelantikan tetap dan pencerahan dengan apa-apa maklumat terbaru kepada pihak hospital. BPP mendapati terdapat
         kesulitan kerana tiada pegawai khusus yang memahami secara mendalam tentang Program PPS. BPP juga mendapati
         tiada  keseragaman  pelaksanaan  Program  PPS  akibat  pemahaman  yang  berbeza  di  kalangan  pihak  pelaksana  di
         peringkat hospital. Dalam menjalankan tugas UPPS Hospital Sultanah Aminah bekerjasama bersama Unit Sumber
         Manusia dalam menguruskan Pegawai Perubatan Siswazah yang menjalankan latihan di hospital ini.


            VISI                                               MISI


            Visi  bagi  Unit  Program  PPS  Hospital  adalah  untuk   Misi bagi Unit PPS Hospital:
            melahirkan  pengamal  perubatan  yang  kompeten,   •   Memastikan pelaksanaan Program PPS mengikut
            selamat untuk mengamal, berintegriti dan mempunyai    Garis  Panduan  &  Polisi  yang  ditetapkan  oleh
            tahap profesionalisme yang tinggi.                    kementerian.
                                                               •   Menyediakan  persekitaran  yang  kondusif  bagi
                                                                  memastikan kesejahteraan PPS semasa menjalani
                                                                  latihan.
                                                               •   Kolaborasi  pelaksanaan  Program  PPS  bersama
                                                                  Jabatan atau Jawatankuasa yang berkenaan.
                                                               •   Menganalisis  prestasi  PPS  bagi  menentukan
                                                                  pelaksanaan  Program  PPS  adalah  mencapai
                                                                  standard yang telah ditetapkan.
                                                               •   Melaksanakan  pemantauan  dan  audit  terhadap
                                                                  Jabatan  Pelaksana  Latihan  PPS  agar  latihan
                                                                  mencapai standard yang ditetapkan.
                                                               •   Menyemai  semangat  dan  budaya  kerja  yang
                                                                  proaktif dan berintegriti di kalangan PPS.





                                                                                                           543
   542   543   544   545   546   547   548   549   550   551   552