Page 549 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 549
Aktiviti Saringan Kesihatan Minda PPS
i. Saringan kesihatan minda PPS dapat dilaksanakan dengan menggunakan ujian Depression Anxiety and Stress
Scale (DASS).
ii. Saringan tersebut boleh dilaksanakan semasa Minggu Orientasi sebagai saringan base line.
iii. Saringan ulangan pula boleh dilaksanakan selepas tempoh dua bulan bagi mengenalpasti sebarang perubahan
dan cara adaptasi PPS dengan situasi kerja dan latihan yang dihadapi.
iv. Susulan itu, Unit Program PPS dapat mengambil tindakan awal apabila mengenal pasti PPS yang mempunyai
masalah.
Aktiviti maklum balas Program PPS
i. Antara aktiviti yang boleh dirancang bagi penambahbaikan Program PPS di hospital adalah dengan mendapatkan
maklum balas daripada pegawai perubatan yang merupakan lepasan Program PPS dari hospital tersebut.
ii. Cadangan penambahbaikan hasil daripada maklum balas tersebut boleh dilaksanakan bagi proses latihan kepada
kumpulan atau pelantikan PPS seterusnya.
iii. Selain itu, maklum balas daripada Penyelia atau Penyelaras PPS juga boleh dilaksanakan bagi mengenalpasti
ruang penambahbaikan yang lain.
Aktiviti pemantauan Program PPS
i. Sebagaimana yang dinyatakan, salah satu fungsi Unit Program PPS adalah untuk menjalankan audit terhadap
pelaksanaan Program PPS di setiap jabatan.
ii. Aktiviti audit perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
iii. Selain aktiviti audit pemantauan berkaitan pematuhan kepada garis panduan dan pekeliling, audit prestasi latihan
PPS di setiap jabatan juga perlu dilaksanakan secara berkala.
Aktiviti penghargaan
i. Aktiviti penghargaan kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti PPS, penyelia PPS atau penyelaras PPS bagi
meningkatkan moral dan motivasi mereka.
ii. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti majlis penghargaan dan surat rekomendasi kepada PPS
yang aktif dan berbakat (contohnya PPS yang menjadi Ketua PPS, PPS yang mewakili hospital/jabatan dalam
bidang sukan dan sebagainya).
545

