Page 548 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 548
OBJEKTIF
Objektif bagi Jawatankuasa PPS:
i. Memastikan pelaksanaan Program PPS di setiap jabatan mengikut peraturan,garis panduan, dan pekeliling
yang telah ditetapkan.
ii. Membincangkan isu-isu berkaitan latihan, perkhidmatan, kebajikan dan disiplin PPS.
iii. Membuat pengesahan (endorsement) markah Certificate of Completion of Posting (CCP), Certificate of
Completion of Housemanship Training (CCHT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi PPS yang
telah tamat sesuatu posting atau tamat latihan siswazah.
iv. Memperakukan dan membuat pengesahan pelanjutan tempoh latihan bagi PPS yang mempunyai masalah
kompetensi.
v. Memperakukan dan membuat pengesahan berkaitan cadangan penempatan atau penggiliran posting PPS
oleh Unit Program PPS.
vi. Membincangkan dan mencadangkan tindakan pembaikan (remedial action) terhadap PPS yang tidak dapat
diselesaikan di peringkat jabatan atau unit program PPS.
vii. Mencadangkan penambahbaikan bagi pelaksanaan program PPS di hospital.
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN UNIT PROGRAM PPS HOSPITAL
a. Bagi memastikan fungsi Unit Program PPS Hospital dapat dilaksanakan dengan berkesan, Unit Program PPS perlu
merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti anggota unit sendiri, PPS,
penyelaras PPS dan penyelia PPS.
b. Aktiviti yang dirancang dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:
Operasi Latihan/Training course
i. Bengkel kerja berpasukan (team building) kepada PPS bagi pemantapan fizikal dan mental selain mendalami
permasalahan di kalangan PPS.
ii. Kursus pemahaman garis panduan Program PPS seperti tatacara pengisian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan
LNPT bagi PPS, Tatacara Pemarkahan bagi CCP dan CCHT, Tatacara Penilaian latihan di setiap posting.
iii. Kursus Training of Trainer (TOT) bagi melatih lebih ramai pakar dan pegawai perubatan bagi memahami kaedah
penyeliaan latihan PPS di setiap jabatan.
iv. Kursus latihan bagi prosedur klinikal yang asas kepada PPS dengan kerjasama jabatan yang berkaitan.
Refresher and awareness course/talk
i. Walaupun pelbagai makluman telah dibuat semasa Minggu Orientasi PPS, terdapat beberapa perkara yang mungkin
perlu diingatkan semula kepada PPS, penyelaras dan penyelia PPS dari semasa ke semasa.
ii. Antara kursus atau ceramah yang boleh dirancang yang berkaitan dengan aspek latihan adalah seperti pemahaman
sistem waktu kerja fleksi, pemantapan sistem mentor mentee, pemahaman kontrak PPS dan kaedah permohonan
pendaftaran penuh bagi PPS yang bakal tamat latihan siswazah.
iii. Selain itu, Unit Program PPS hospital juga boleh menjemput Cawangan/Unit Sumber Manusia Hospital untuk
memberi refresher course/talk berkaitan perkara perkhidmatan PPS dengan kerjasama Cawangan/Unit Sumber
Manusia Hospital seperti urusan kenaikan gaji dan kaedah permohonan cuti yang layak diambil oleh PPS.
544

