Page 55 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 55

JABATAN NEUROSURGERI






          PENGENALAN


          Perkhidmatan sub kepakaran Neurosurgeri telah diwujudkan pada tahun 1991 oleh Dr. Ho Yau Shen. Pada awalnya,
          jabatan ini hanyalah sebuah unit di bawah Jabatan Pembedahan Am ditempatkan sementara waktu di wad Bedah
          Am di tingkat 1, Bangunan Induk. Usaha menaiktaraf kepada Jabatan Neurosurgeri pada tahun 1994 oleh Dr. Johari bin
          Adnan Siregar diterima oleh Pengarah Hospital serta mendapat wad baru di tingkat 4 pada 1 Julai 1996.

          Jabatan Neurosurgeri, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) merupakan pusat rujukan bagi Zon Selatan
          Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur serta telah menubuhkan sebuah Klinik Pakar dan tiga (3) wad iaitu High
          Dependency Wad (HDU) dengan katil berjumlah 12 katil, wad lelaki 20 katil dan wad perempuan 10 katil. Pada 2011
          pengubahsuaian telah dilakukan kepada wad-wad Neurosurgeri khususnya Wad HDU di mana terdapat 10 Bedsite
          Monitor di setiap katil, penambahan katil dan ventilator. Mesin CT Brain iaitu Ceretom telah dibeli oleh jabatan dan
          ditempatkan di Wad HDU supaya semua kes kecemasan dan ulangan dapat dilakukan dengan segera. Peratus kemasukan
          pesakit trauma dan non trauma semakin bertambah setiap tahun. Bagi pesakit kanak-kanak kes neurosurgeri mereka
          akan berkongsi wad dengan kes-kes lain di wad kanak-kanak.

          Pada 21 September 2015 Dewan Bedah yang dikenali sebagai Brainsuite ICT di ICU Utara, Tingkat 2 mula beroperasi
          bagi menjalankan kes pembedahan elektif. Dalam perancangan akan datang Brainsuite dijangka akan beroperasi 24
          jam untuk semua kes Neurosurgeri. Kini Jabatan Neurosurgeri yang diketuai oleh Dr. Noor Azman bin A.Rahman @
          Mohd telah mengalami evolusi yang merangkumi perkhidmatan dan penempatan aset yang moden dan terkini. Dengan
          kekuatan anggota yang terdiri daripada seorang Pakar Perunding, enam (6) orang Pakar Klinikal, 15 orang Pegawai
          Perubatan, tujuh (7) orang Penolong Pegawai Perubatan, 58 orang Jururawat, sembilan (9) orang Pembantu Perawatan
          Kesihatan dan seorang Pembantu Tadbir merangkap Pembantu Peribadi Ketua Jabatan.

          Jabatan  Neurosurgeri  HSAJB  telah  berjaya  merealisasikan  skop  perawatan  kepada  pelanggan.  Di  antara  skop
          perawatan tersebut adalah Vascular, Peripheral, Oncology, Functional, Spine, Trauma dan Paediatric serta kombinasi
          rawatan dengan jabatan lain. Jabatan juga sedang dalam perancangan untuk memperluaskan skop perawatan serta
          memperkembangkan perkhidmatan kepada Pain Intervention dan Epilepsy Surgery.



            VISI                                               MISI


            Untuk mencapai kecemerlangan dalam                 Untuk menyediakan perkhidmatan
            perkhidmatan  neurosurgeri  dan  sebagai  pusat                                             neurosurgeri  yang  efisien  dan  berkualiti  melalui
            rujukan utama untuk penyelidikan, latihan, pendidikan   penyesuaian tertentu yang profesional dan beretika.
            dan pengkhususan kepakaran.













                                                                                                            51
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60