Page 554 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 554
5. Pengendalian pelbagai pangkalan data PPS
• Mengkoordinasi pelbagai pangkalan data PPS.
• Memastikan rekod PPS sentiasa dikemaskini.
• Menganalisa rekod PPS mengikut keperluan.
• Membentangkan hasil analisis dalam Mesyuarat Jawatankuasa Program PPS secara berkala atau mengikut
keperluan.
• Mengemukakan laporan kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau Ibu Pejabat KKM secara berkala atau mengikut
keperluan.
6. Penyelarasan komunikasi antara pihak hospital dengan pihak atau agensi lain berkaitan Program PPS
• Menjadi pegawai perhubungan (Liaison Officer) dengan pihak lain (sama ada dalam atau luar hospital) bagi
perkara-perkara yang berkaitan Program PPS. Antaranya:
a. Cawangan Sumber Manusia Hospital
b. Cawangan Kualiti Perubatan Hospital
c. Kaunselor / Jabatan Psikiatrik
d. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Hospital
e. Hospital Latihan Siswazah yang lain
f. Jabatan Kesihatan Negeri
g. Ibu pejabat KKM
h. Unit Integriti KKM
i. Majlis Perubatan Malaysia
• Menjadi wakil hospital dalam mana-mana jawatankuasa yang berkaitan dengan Program PPS berdasarkan
pelantikan oleh Pengarah Hospital, Jabatan Kesihatan Negeri, atau Ibu Pejabat KKM.
Prinsip jadual penggiliran posting PPS
1. Penggiliran posting dibuat bagi setiap lantikan baru apabila PPS melapor diri di hospital masing-masing. Bagi PPS
yang bertukar masuk dari hospital lain (atas sebab penilaian terakhir atau pertukaran hospital), susunan giliran
posting adalah seperti yang telah ditetapkan oleh hospital asal.
2. Secara umumnya, prinsip jadual penggiliran posting PPS dibuat atas dasar PPS menjalani latihan siswazah,
bukannya memberi perkhidmatan kesihatan atau menjadi extra pair of hands. Sehubungan itu, penggiliran posting
PPS tidak akan mengambil kira keperluan bilangan PPS dalam setiap jabatan. Hal ini akan memberikan taburan
bilangan PPS yang lebih sekata bagi setiap jabatan.
3. Nama PPS disusun mengikut tarikh lantikan dan kemudiannya abjad A-Z dan nombor kad pengenalan.
4. Dalam jadual penggiliran posting, posting major disusun berselang-seli antara surgical-based, medical-based, dan
O&G seperti berikut:
e. Pembedahan Am
f. Perubatan Am
g. Obstetrik & Ginekologi
h. Ortopedik
i. Pediatrik
5. Prinsip di mana PPS tidak diletakkan di Jabatan Pediatrik sebagai posting pertama adalah dikekalkan.
Maka angka 1 tidak diletakkan bagi jabatan Pediatrik.
6. Posting alternatif diletakkan sebagai posting ke-6. Namun, PPS boleh diletakkan di posting alternatif seawal
posting ke-5 sekiranya perlu dan diputuskan secara case to case basis oleh Jawatankuasa Program PPS
peringkat hospital.
550

