Page 553 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 553
FUNGSI UPPS HSAJB
1. Penetapan posting bagi setiap PPS
• Menyediakan jadual penggiliran posting bagi setiap PPS.
• Menyediakan surat pertukaran posting bagi setiap PPS yang telah tamat sesuatu posting.
• Menyelaras permohonan PPS berkaitan posting alternatif.
• Mengeluarkan surat arahan pertukaran posting atau pelanjutan tempoh posting PPS sebagaimana yang diputuskan
dalam mesyuarat Jawatankuasa Program PPS.
2. Keurusetiaan dalam Jawatankuasa Program PPS di peringkat hospital
• Menyediakan takwim tahunan mesyuarat Jawatankuasa Program PPS.
• Memastikan mesyuarat JK Program PPS dilaksanakan sekurang-kurangnya empat (4) kali dalam setahun.
• Menyelaras keperluan fasiliti bagi mesyuarat Jawatankuasa Program PPS seperti bilik mesyuarat, laptop dan
projector.
• Menyediakan surat lantikan dan terma rujukan ahli-ahli mesyuarat.
• Membentangkan isu-isu yang berkaitan latihan PPS dan Program PPS dalam mesyuarat.
• Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat selepas Jawatankuasa Program PPS bersidang.
• Memastikan setiap tindakan diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan sebelum mesyuarat berikutnya.
• Menjadi wakil hospital bagi mesyuarat Jawatankuasa Program PPS di Jabatan Kesihatan Negeri mengikut keperluan.
• Mengeluarkan surat arahan pertukaran posting atau pelanjutan tempoh posting PPS sebagaimana yang diputuskan
dalam mesyuarat Jawatankuasa Program PPS.
3. Penyediaan khidmat nasihat dan kaunseling kepada PPS dan pihak yang berkaitan
• Memberi khidmat nasihat kepada PPS yang mempunyai masalah sepanjang latihan siswazah terutamanya PPS
yang ingin meletak jawatan atas faktor tekanan.
• Memberi sokongan moral dengan bantuan dan penglibatan ahli keluarga PPS kepada PPS yang bermasalah.
• Merujuk PPS kepada kaunselor atau pakar psikiatrik berdasarkan keperluan.
• Menganjurkan kumpulan sokongan (support group) terutamanya kepada PPS yang memerlukan.
4. Penyelarasan latihan tambahan kepada PPS
• Menganjurkan sesi Continuous Medical Education (CME) Peringkat Hospital kepada semua PPS secara berkala.
• Membuat rondaan wad untuk memberi bedside teaching kepada PPS secara berkala.
• Merancang keperluan latihan tambahan seperti kursus di Blood Bank, Jabatan Forensik, Surgical Skill Workshop
atau Bengkel Kerja Berkumpulan (team building) mengikut kesesuaian.
• Mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Program PPS, pihak pengurusan hospital dan Ibu Pejabat KKM bagi
perancangan latihan tambahan PPS.
• Melaksanakan latihan tambahan yang telah diluluskan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
549

