Page 569 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 569
UNIT SUMBER MANUSIA
OBJEKTIF
Melaksanakan urusan Pentadbiran dan Perkhidmatan mengikut tatacara dan peraturan yang telah digariskan serta
berusaha memenuhi kehendak pelanggan dalaman dan luaran dengan cepat, tepat dan mesra pelanggan.
PELAKSANAAN DASAR
• Bertanggungjawab kepada Timbalan Pengarah hospital (Pengurusan) untuk melaksanakan semua perkara yang
diarahkan oleh Pengarah dari masa ke semasa.
• Bertanggungjawab ke atas pengurusan kakitangan, perkhidmatan dan perjawatan serta menyelaraskan hal-hal
berkaitan latihan dan tugas-tugas pentadbiran am yang lain.
A . SEKSYEN PERJAWATAN & HRMIS
i) Perjawatan
Fungsi utama bahagian ini ialah menyelenggara senarai perjawatan berdasarkan waran perjawatan yang di
luluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengemaskini data perjawatan. Data-data
perjawatan ini turut dikemaskini melalui aplikasi Human Resources Management Information System (HRMIS).
BIL KUMPULAN PERJAWATAN ISI KOSONG
1 Pengurusan Tertinggi 40 23
2 Pengurusan dan Profesional 1283 1151
3 Sokongan 1 2262 2157
4 Sokongan 2 636 510
JUMLAH 4221 3841 380
Terdapat juga perjawatan tanpa waran yang perlu dikemaskini di HRMIS dari semasa ke semasa bagi pegawai
lantikan kontrak/sementara. Data perjawatan tanpa waran sehingga Disember 2022 adalah sebagaimana berikut:
LANTIKAN PENGISIAN
Kontrak 622
Sementara 40
JUMLAH 662
565

