Page 574 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 574
C. SEKSYEN INTEGRITI DAN TATATERTIB
1) Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam telah diperuntukkan
di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Unit Sumber Manusia
merupakan Urus Setia kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan No. (2), HSAJB yang terdiri daripada
Pengarah Hospital sebagai Pengerusi dan 2 orang ahli iaitu Timbalan Pengarah Hospital (Perubatan) serta
Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan).
2) Mesyuarat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan No.2, HSAJB telah diadakan sebanyak 2 kali pada tahun
2022 yang melibatkan 8 kes tatatertib.
3) Sekiranya Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan No.2, HSAJB memutuskan bahawa pegawai
perlu dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, kes tersebut akan dikemukakan kepada Unit
Integriti, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk proses selanjutnya. Sebanyak 7 kes
telah dikemukakan kepada Unit Integriti KKM pada tahun 2022 untuk diputuskan oleh Lembaga Tatatertib
Kumpulan Sokongan No.1, Jabatan dan Institusi KKM.
4) Statistik Kes Tindakan Tatatertib di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Bagi Tahun 2022
Jadual 1 : Statistik Anggota Yang Terlibat Dengan Kes Tindakan Tatatertib
LEMBAGA JUMLAH ANGGOTA / FAIL
TATATERTIB
KES SELESAI * KES BELUM JUMLAH KES
SELESAI
HSAJB 8 5 13
KKM 7 4 11
Jumlah 15 9 24
*Kes Belum Selesai dibawa ke Tahun 2023
570

