Page 598 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 598
UNIT PEMBANGUNAN DAN PEROLEHAN
PENGENALAN
Unit Pembangunan dan perolehan merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Sultanah Aminah
Johor Bahru (HSAJB). Berperanan menguruskan hal-hal berkaitan permohonan, pelaksanaan dan juga pemantauan
projek-projek oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya di HSAJB. Selain itu, Unit Pembangunan
juga menguruskan hal ehwal berkaitan penyewaan ruang bangunan (premis Demis) di HSAJB. Bertanggungjawab
dalam memastikan prestasi perbelanjaan Peruntukan BP00600 (Naiktaraf, Ubahsuai dan Pembaikan) dan BP00900
(Penyelenggaraan dan Pembaikan Kuarters) mencapai minima 100% pada setiap tahun kewangan.
VISI MISI
Melaksanakan pekhidmatan naiktaraf dan baikpulih Memacu perancangan hospital / jabatan melalui
fasiliti serta infrastruktur yang menepati masa, pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan
kualiti selain efektif bagi mencapai faedah aset yang secara komprehensif dan holistik.
optimum.
OBJEKTIF
1. Merencana keperluan projek berdasarkan keutamaan.
2. Merancang keperluan peruntukan / bajet pembangunan dengan lebih efisien.
3. Melaksana projek mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.
4. Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan agar berjalan dengan lancar.
FUNGSI JABATAN
Berperanan menguruskan hal-hal berkaitan permohonan, pelaksanaan dan juga pemantauan projek-projek oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kerja Raya di HSAJB. Selain itu, Unit Pembangunan juga menguruskan
hal ehwal berkaitan penyewaan ruang bangunan (premis Demis) di HSAJB.
594

