Page 599 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 599
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta menjamin kepuasan
pelanggan dalam melaksanakan tugas-tugas teras dengan :
• Menyediakan dan mengeluarkan Surat Setuju Terima dan Inden Kerja/Tanggungan Kontrak Kerajaan dalam
tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pemilihan sebutharga diperolehi.
• Menyediakan dan mengeluarkan Arahan Kerja / Work Order pembangunan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
dari tarikh permohonan waran diluluskan.
• Menyediakan dokumen pembayaran projek dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh perakuan siap kerja diterima.
• Menyediakan laporan berhubung status semasa pelaksanaan projek dan memantau pelaksanaan projek pemban
gunan yang telah diluluskan.
• Menyediakan dokumen awalan (sebutharga/laporan penilaian/laporan keselamatan/pelanjutan tempoh)
penyewaan premis dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh.
• Mengurus dan menyelaras hal ehwal penyewaan ruang bangunan (premis demis).
• Memberi maklum balas mesyuarat / jawapan tindakan pembetulan / pencegahan terhadap aduan/pertanyaan
yang diterima secara bertulis dalam tempoh tujuh (7) hari.
LAPORAN RINGKAS AKTIVITI JABATAN/UNIT BAGI TAHUN 2022
1. Permohonan Projek Naiktaraf, Ubahsuai dan Pembaikan BP00600 Tahun 2022 berjumlah 48 projek RM12,821,729.33
telah dimajukan ke Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada 14 Disember 2021.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan peruntukan bagi butiran projek BP00600 (Naiktaraf, Ubahsuai dan
Pembaikan) seperti berikut;
a). Naiktaraf Wellness Hub Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
b). Kerja-Kerja Pendawaian Soket Alur Keluar Kuasa Di Wad Blok Bunga Raya Dan Cempaka Di Hospital
Sultanah Aminah Johor Bahru
d). Kerja-Kerja Naiktaraf Ruang Menunggu Zon Hijau Respiratori Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bahru
e). Menaiktaraf Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUS) Di HSAJB
f). Kerja Baikpulih Stor Di Unit Farmasi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
3. Manakala terdapat enam (6) projek secara lantikan terus telah diluluskan dan dilaksanakan di HSAJB ini.
595

