Page 6 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 6
TINTA KETUA EDITOR
Salam Sejahtera,
Salam HSA Dihatiku!
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi di atas limpah rahmatNya dan kurniaNya maka dapatlah Sidang Pengarang Laporan
Tahunan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) Tahun 2022 meneruskan kesinambungan dalam menerbitkan
buku Laporan Tahunan HSAJB bagi Tahun 2022. Sekalung tahniah dan syabas saya rakamkan kepada sidang pengarang
dan semua warga HSAJB di atas segala usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan
laporan tahunan ini.
Saya selaku ketua editor ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah HSAJB, Dr. Hj. Mohtar bin
Pungut @ Hj. Ahmad atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menerbitkan buku Laporan Tahunan HSAJB
Tahun 2022. Walaupun atas kekangan tugas hakiki dan kesibukan dalam menguruskan perawatan pesakit di wad atau
jabatan, Sidang Pengarang tanpa culas melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.
Sidang Pengarang amat mengalu-alukan cadangan dan idea tuan / puan demi menjadikan buku Laporan Tahunan
HSAJB pada tahun akan datang sebagai salah satu rujukan dan repositori ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh semua
warga HSAJB atau komuniti.
Akhir kata marilah kita berdoa agar dikekalkan momentum tenaga dan usaha warga HSAJB untuk terus berkhidmat.
“Jadilah seorang yang produktif kerana secara
tidak langsung ia membentuk peribadi profesional anda”
Sekian.
Iszalhamiyah binti Mohamed
Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan)
Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
2

