Page 605 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 605

UNIT KESELAMATAN





          PENGENALAN


          Unit Keselamatan HSAJB merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Unit
          Keselamatan terdiri daripada empat (4) seksyen iaitu Seksyen Pejabat, Seksyen Operasi, Seksyen Trafik dan Seksyen
          Preman.
          Unit Keselamatan HSAJB diketuai oleh Pegawai Keselamatan KP41/44 dan dibantu selia oleh Seorang (1) Penolong
          Pegawai  Keselamatan  Kanan  KP32,  dua  orang  (2)  Penolong  Pegawai  Keselamatan  KP29,  seorang  Pembantu
          Keselamatan Kanan KP22, tujuh orang (7) Pembantu Keselamatan KP19, lima orang (5) Pengawal Keselamatan Kanan
          KP14 dan seratus sembilan orang (109) Pengawal Keselamatan KP 11.



            VISI                                               MISI


            Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan       Misi  Kementerian  Kesihatan  Malaysia  adalah  untuk
            yang lebih baik                                    menerajui dan berusaha bersama-sama :-

                                                               i. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
                                                               •   Mencapai  sepenuhnya  potensi  mereka  dalam
                                                                   kesihatan
                                                               •   Menghargai  kesihatan  sebagai  aset  paling
                                                                   berharga
                                                               •   Mengambil  tanggungjawab  dan  tindakan  positif
                                                                   demi kesihatan mereka

                                                               ii. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi
                                                               iaitu :
                                                               •   Mengutamakan pelanggan
                                                               •   Saksama
                                                               •   Tidak membebankan
                                                               •   Cekap
                                                               •   Wajar mengikut teknologi
                                                               •   Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
                                                               •   Inovatif

                                                               iii. Dengan menekankan terhadap etika perkhidmatan :
                                                               •   Sifat  penyayang,  profesionalisme  dan  kerja
                                                                   berpasukan
                                                               •   Sifat menghormati maruah insan
                                                               •   Penglibatan masyarakat










                                                                                                           601
   600   601   602   603   604   605   606   607   608   609   610