Page 607 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 607
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
PENGENALAN
• Dalam usaha melonjakan imej Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), mekanisma terpenting adalah
melalui kaedah penyampaian dan penyaluran maklumat kepada pelanggan dalaman dan luaran.
• Unit Komunikasi Korporat (UKK) ditubuhkan sebagai titik fokus (focal point) Hospital dalam mengedarkan
maklumat Kementerian, Fasiliti Kesihatan, Agensi dan Institusi kepada umum.
• Bagi meningkatkan dan melestarikan imej korporat HSAJB serta meningkatkan keberkesanan sistem
penyampaian, UKK telah mengadakan usaha penyebaran maklumat lebih berorientasikan pelanggan.
OBJEKTIF
Mewujudkan perhubungan baik antara Hospital dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian
maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif Kementerian Kesihatan Malaysia secara
keseluruhan;
• Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan
kempen bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Hospital melalui
bahan promosi, media sosial, media elektronik dan media cetak;
• Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap
dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Hospital melalui penerbitan bahan
cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah; rakaman foto; dan video;
• Memastikan aduan, pertanyaan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan
Hospital diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki;
• Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima
perkhidmatan perawatan di Hospital diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.
SEKSYEN MAKLUM BALAS :
• Memperakui penerimaan aduan (Surat Akuan Terima Aduan (SATA)) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam
dari tarikh aduan diterima.
• Menyelesaikan segala aduan pelanggan dalam tempoh 15 hari waktu bekerja.
• Menyelaras penyediaan maklum balas isu dalam tempoh 15 hari waktu bekerja.
SEKSYEN HAL EHWAL KORPORAT :
• Merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai dasar, aktiviti, program dan perkhidmatan
Hospital.
• Menyedia dan menerbitkan Buku Laporan Tahunan HSAJB setahun sekali.
• Merancang dan menyediakan pembangunan pelan media dan komunikasi Hospital.
• Memantau dan mengemaskini kandungan media sosial Hospital seperti Facebook setiap hari waktu bekerja.
• Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam sebelum tarikh
program dan mengedarkan Kenyataan Media kepada media massa serta merta sebaik sahaja diterima.
• Menguruskan liputan media dengan cekap dan berkesan bagi memastikan publisiti yang positif dan
menyeluruh mengenai HSAJB.
• Menguruskan sumbangan dan lawatan di peringkat Hospital.
603

