Page 606 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 606
OBJEKTIF
1. Memberi perkhidmatan pengurusan keselamatan perlindungan secara optima 24 jam dengan cekap, berhemah
dan profesional mengikut piawaian dan peraturan keselamatan perlindungan kebangsaan berdasarkan Akta
Rahsia Rasmi 1972, Buku Arahan Keselamatan dan Pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa.
2. Memberi dan memastikan keselamatan perlindungan keselamatan dokumen terperingkat, personal, fizikal dan
ICT di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada tahap yang lebih baik.
3. Memastikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah Johor bahru
beroperasi dengan baik setiap masa.
4. Mengkaji dan memperoleh peralatan kelengkapan keselamatan terkini bagi memastikan kawalan keselamatan
Hospital dapat dilaksanakan dan berfungsi dengan baik.
FUNGSI JABATAN
SEKSYEN PEJABAT:
1. Memantau dan menjaga disiplin anggota bertugas
2. Menyedia dan mengemaskini jadual bertugas
3. Menyelaras operasi dan inspektorat
4. Memberi khidmat nasihat dan menyelaras garis panduan keselamatan perlindungan
5. Mengurus kes-kes pelanggaran keselamatan
6. Mengurus dan memantau bilik CCTV dan bilik Operasi
7. Mengurus latihan dan kompetensi Unit Keselamatan
SEKSYEN OPERASI :
1. Melaksanakan kawalan keselamatan di pos bit kawalan yang telah ditetapkan :
• Kaunter Pintu Masuk Bangunan Induk
• Wad ICU Barat (Aras 1)
• Wad Bersalin Bangunan Induk (Aras 3)
• Laluan Tabung Darah
• Jabatan Kecemasan dan Trauma
• Pintu Masuk Bangunan LND
• Bangunan LND Aras 1
• Poliklinik Pakar
• Stor Integrasi
• Unit Hasil
• Wad Bersalin PGMC
• Blok Anggerik
• Blok Bunga Raya
• Blok Cempaka
• Blok Dahlia
• Laluan Berbumbung
• Wad Hematologi
• Asrama Jururawat
• Bangunan Bakawali
• Wad PP1,PP2 dan PP3
• Pejabat Rekod Perubatan
• Bangunan Forensik
602

