Hospital Permai Johor Bahru

kkk

DIREKTORAT klinikal

Bahagian Penolong Pegawai Perubatan

Bahagian Penolong Pegawai Perubatan berperanan dalam pengurusan sumber penyeliaan  dan  klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang,  cekap dan selamat  kepada  pesakit-pesakit.

Bahagian Terapi Cara Kerja

Bahagian Pemulihan Carakerja merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan di Hospital Permai.

Bahagian Kawalan Infeksi

Bahagian Kawalan Infeksi telah ditubuhkan sejak tahun 2002.

Bahagian Radiologi

Bahagian Radiologi diwujudkan dan mula beroperasi pada Mei 2012.

Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan & Persekitaran

Bahagian Kesihatan Awam (BKA) merupakan salah satu bahagian di bawah Direktorat Klinikal.

Bahagian Kerja Sosial Perubatan

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di negara ini semenjak tahun 1952.

Bahagian Hal Ehwal Islam

Bahagian Hal Ehwal Islam ditubuhkan pada 3 Ogos 2015. Tujuan penubuhan bahagian ini ialah..

Bahagian Kluster & Casemix

Bahagian Kluster dan Casemix ditubuhkan pada Oktober 2022 dan beroperasi di bawah seliaan Direktorat Klinikal. Penubuhan Bahagian ini bertujuan untuk (1) menyelaras dan urusetia pelaksana hospital kluster Johor Selatan, (2) meningkatkan ketepatan dan kesempurnaan diagnosis klinikal, dan (3) ketepatan penetapan kod ICD-10.

Bahagian Dietetik & Sajian

Bahagian Dietetik dan Sajian merupakan bahagian sokongan yang penting dalam perkhidmatan hospital.

Bahagian Kejururawatan

Bahagian Kejururawatan terletak di  Aras 1 Bangunan Pentadbiran  bagi Pejabat Ketua Penyelia Jururawat.

Bahagian Psikologi & Kaunseling

Bahagian Psikologi dan Kaunseling ditubuhkan di Hospital Permai sejak 1980-an.

Bahagian Patologi

Bahagian Patologi Hospital Permai merupakan salah satu cabang di bawah direktorat sokongan klinikal.

Bahagian Fisioterapi

Bahagian Fisioterapi mula beroperasi di Hospital Permai pada 2008.

Bahagian Rekod Perubatan

Bahagian Rekod Perubatan terletak di aras bawah Bangunan Pentadbiran, Hospital Permai Johor Bahru.

Bahagian Kualiti

Bahagian Kualiti Hospital Permai, Johor Bahru telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2004.

Bahagian Farmasi

Bahagian Farmasi merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan yang utama.

Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi

Bahagian ICT mula beroperasi pada tahun 2013 dengan pengisian perjawatan Juruteknik Komputer FT19. Bahagian ICT kini diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat F44. Peranan utama Bahagian ICT adalah dalam merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelenggara semua aktiviti dan program ICT di Hospital Permai Johor Bahru.

Bahagian Penolong Pegawai Perubatan

Pengenalan

Bahagian Penolong Pegawai Perubatan di Ketuai oleh Penolong Pegawai Perubatan Gred U44. Bahagian ini berperanan dalam pengurusan sumber penyeliaan dan klinikal bagi memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang,  cekap dan selamat  diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota di bawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Perkhidmatan

    1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
    2. Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
    3. Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.
    4. Memberi dorongan, nasihat dan tunjuk ajar kepada semua kakitangan agar mereka dapat bertugas dengan bersih,  cekap, amanah dan komited serta berdisplin, berminat, berpengetahuan dan bertanggungjawab.
    5. Bersama dalam penglibatan aktiviti  kemasyarakatan dan pertubuhan bukan kerajaan.
    6. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang terbaik bagi latihan pengkhususan / kemahiran psikiatri dan berfungsi sebagai “Local Preceptor” bagi pelatih-pelatih dalaman atau luaran serta latihan secara Konvensional / Pembelajaran Jarak Jauh.

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 am hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00am hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Terapi Carakerja

Pengenalan

Bahagian Terapi Carakerja merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan yang utama di Hospital Permai, Johor Bahru. Ia berkongsi bangunan dengan Bahagian Fisioterapi. Lokasi Bahagian Pemulihan Carakerja terletak besebelahan Bilik Daftar Masuk Hospital Permai. Ia berada di blok F di dalam Hospital Permai. Jumlah kakitangan bahagian ini adalah seramai 31 anggota yang terdiri daripada pelbagai kategori. Terdapat 2 Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja dan 26 Jurupulih Perubatan Carakerja dari gred U40 sehingga U29.

Perkhidmatan

Empat jenis perkhidmatan utama yang disediakan iaitu Program Sokongan Pekerjaan, Program Rawatan Kanak – Kanak & Remaja Bermasalah Psikiatri, Program Pemulihan di Wad, Program Sokongan Pekerjaan Hybrid dan lain-lain adalah seperti berikut:

  • -Penilaian awal dan spesifik
  • -Penilaian Kefungsian Kerja
  • -Penilaian Domestik
  • -Pemulihan Aktiviti Seharian
  • -Pemulihan Kognitif dan Tingkahlaku
  • -Latihan Kemahiran Kerja
  • -Program Penempatan Kerja
  • -Pemulihan Domestik
  • -Pemulihan Psikososial
  • -Pemulihan Dalam Komuniti

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 am hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00am hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Kawalan Infeksi

Pengenalan

Bahagian Kawalan Infeksi telah ditubuhkan sejak tahun 2002. Bahagian ini beroperasi di bawah Direktorat Klinikal dan diselia oleh Pegawai Perubatan dan dibantu oleh seorang Ketua Jururawat dan 2 orang Jururawat Terlatih. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti Kawalan Infeksi diperingkat hospital dan diperingkat negeri.

Perkhidmatan

    1. Menjalankan audit kepatuhan amalan hand hygiene setiap 6 bulan untuk mencapai standard yang ditetapkan oleh KKM.
    2. Menjalankan audit pemantauan wad setiap 4 kali sebulan bagi memastikan anggota kerja mematuhi prosedur kerja mengikut polisi dan prosedur kawalan infeksi.
    3. Semua anggota kesihatan berisiko dalam kumpulan sasaran akan diberikan imunisasi Hepatitis B.
    4. Semua kerahsiaan dan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit dan anggota  adalah dijamin. 
    5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 am hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00am hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Radiologi

Pengenalan

Bahagian Radiologi diwujudkan dan mula beroperasi pada Mei 2012. Kini, Bahagian Radiologi, beroperasi dengan kekuatan 12 orang anggota yang terdiri daripada beberapa kategori perjawatan :

Juru X-ray U36                                 –           1

Juru X-ray U32                                 –           1

Juru X-ray U29                                 –           5

Juru X-ray (kontrak)                         –           3

Jururawat Terlatih     U29               –           1

Pembantu Perawatan Kesihatan  –           1

 

Perkhidmatan

  • Perkhidmatan yang terdapat di Bahagian Radiologi, Hospital Permai, Johor Bahru:

    -Pemeriksaan am statik

    -Pemeriksaan am mudah gerak (mobile)

    -Pemeriksaan CT Scan

    -Pemeriksaan Ultrasound

     

    Khidmat pakar pula diberikan oleh Jabatan Radiologi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dimana setiap hari seorang Pakar Radiologi dan seorang Pegawai Perubatan, Jabatan Radiologi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ditugaskan secara bergilir mengikut jadual yang disediakan oleh Jabatan Radiologi, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

  •  

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 am hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00am hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan & Persekitaran

Pengenalan

Bahagian Kesihatan Awam (BKA) merupakan salah satu bahagian di bawah Direktorat Klinikal Hospital Permai, Johor Bahru. Tujuan bahagian ini ditubuhkan adalah untuk memberikan perkhidmatan dan pendidikan kesihatan awam kepada anggota dan pesakit Hospital Permai.

Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Bahagian Kesihatan Awam terbahagi kepada tiga iaitu Kawalan Penyakit Berjangkit (TB dan COVID-19), Kesihatan Warga (termasuk Pendidikan dan Promosi Kesihatan) serta Inspektorat Kesihatan (Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dan Kawalan Makanan serta Mutu Air Minum).

  •  

    Berikut merupakan senarai perkhidmatan yang disediakan secara khusus:

    1. Menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat pesakit dan anggota yang menghidap penyakit TB.
    2. Menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat pesakit psikiatri yang menghidap COVID-19.
    3. Menjaga Klinik Anggota dan melakukan saringan KOSPEN Plus.
    4. Menyelia kawasan Hospital Permai dan melakukan pengesanan awal jentik – jentik dan nyamuk denggi.
    5. Melakukan rondaan di kafetaria dan tempat – tempat menyediakan makanan untuk memastikan kebersihatan dan keselamatan makanan terjaga.
    6. Melakukan kerja – kerja pendidikan dan promosi kesihatan kepada warga kerja Hospital Permai khususnya, dan pesakit atau pelawat secara am.
  •  

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

Rehat: 1.00 tengahari – 2.00 petang

Bahagian Kerja Sosial Perubatan

Pengenalan

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di negara ini semenjak tahun 1952. Peringkat awal perkhidmatan ini dikenali sebagai perkhidmatan ‘Lady Almoner’ dan kemudiannya pada tahun 1994 dikenali sebagai Unit  Kebajikan Perubatan.

Percantuman pengkhususan bidang-bidang dalam kerja sosial  yang  membentuk kerja sosial generik telah menunjukkan bahawa peranan dan kewujudan Pegawai-Pegawai Kerja Sosial Perubatan adalah semakin hari semakin penting. Dari semasa ke semasa peranan dan sumbangan perkhidmatan kerja sosial perubatan semakin mencabar dalam arus permodenan selari dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa oleh pembangunan. 

Dalam menjurus ke arah negara maju, telah memperlihatkan bahawa pendekatan merawat penyakit sosial perlu diberi perhatian yang serius dengan mengambil kira berbagai aspek seperti emosi, sosial ekonomi, rangkaian perhubungan, sokongan keluarga serta dari mereka yang berkepentingan.

Perkhidmatan

  • Di antara rujukan kes yang diterima :

    1. Membuat siasatan dan menyediakan laporan psikososial pesakit
      • -Mengesan Waris
      • -Menguruskan penempatan pesakit terdampar ke institusi kerajaan dan bukan kerajaan.
      • -Menguruskan kewangan pesakit
    1. Bantuan kewangan jangka panjang
    2. Bantuan tambang
    3. Bantuan persekolahan
    4. Membantu dalam tuntutan pengeluaran perkeso,kwsp
    5. Membantu pengeluaran wang di bank / wang pos di Pejabat Pos
    • -Menguruskan kes aset pesakit
    • -Menguruskan kes penempatan pesakit
    • -Mendapatkan bantuan peralatan perubatan
    • -Menguruskan kes lawatan ke rumah
    • -Membantu keluarga untuk kes permohonan pembebasan pesakit Forensik Psikiatri (Seksyen 348-ll)
    • -Menguruskan kes mengenalpasti identiti pesakit
    • -Menguruskan kes pendaftaran Orang Kurang Upaya
    • -Menguruskan kes mendapat khidmat jurubahasa

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

Rehat: 1.00 tengahari – 2.00 petang

Bahagian Hal Ehwal Islam

Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Islam ditubuhkan pada 3 Ogos 2015. Tujuan penubuhan bahagian ini ialah untuk mengembangkan lagi fungsi bahagian dalam pelaksanaan dan penyelarasan program berbentuk agama Islam di peringkat hospital dan juga unit sokongan di bawah Bahagian Klinikal.

Perkhidmatan

Rujukan

  • -Bimbingan Ibadah
  • -Khidmat Nasihat
  • -Pengurusan Jenazah
  • -Saudara Baru
  • -Mangsa Perkosaan/Jenayah Seksual
  • -Kes Rumah Tangga
  • -Hamil/Lahir Tanpa Nikah
  • -Lain-lain

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 am hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00am hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Kluster & Case Mix

Pengenalan

Bahagian Kluster dan Casemix ditubuhkan pada Oktober 2022 dan beroperasi di bawah seliaan Direktorat Klinikal. Penubuhan Bahagian ini bertujuan untuk (1) menyelaras dan urusetia pelaksana hospital kluster Johor Selatan, (2) meningkatkan ketepatan dan kesempurnaan diagnosis klinikal, dan (3) ketepatan penetapan kod ICD-10. Seorang Pegawai Perubatan telah dilantik bagi mengelola bahagian ini, dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir.

Perkhidmatan

KLUSTER

-Membantu menyusun perkembangan Hospital Kluster yang telah dirancang dengan merujuk kepada Ganttchart Perkembangan Hospital Kluster Johor Selatan.

-Merancang KPI perkhidmatan-perkhidmatan yang diperluas di bawah Hospital Kluster Zon Selatan bersama-sama Ketua Jabatan yang terlibat.

-Mengumpul data-data yang diperlukan untuk pemantauan KPI perkhidmatan yang terlibat.

-Memantau Kemasukan Data Pesakit Kluster Dalam Sistem Casemix.

-Mengumpul data pesakit Kluster bagi tujuan pemantauan keberkesanan perlaksanaan Hospital Kluster.

-Menyelaras latihan-latihan pegawai perubatan dan staff kesihatan yang terlibat dalam perkhidmatan hospital kluster.

-Membantu menyelaras sesi Continuous Medical Education (CME) yang dijalankan secara berkala melibatkan setiap Hospital dalam Kluster Johor Selatan.

 

CASEMIX

-Melaksanakan Sistem Casemix

-Menyelaras kemasukan data – Klinikal & Kewangan

-Menyelaras pengesahkan input data – Klinikal & Kewangan

-Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu pelaksanaan Sistem Casemix

-Mengkaji maklumat-maklumat terbitan daripada Modul Executive Information System seperti;

    1.   Major Diagnosis Categories (MDC)
    2.   Diagnosis-Related Groups (DRG)
    3.   Severity of Illness (SOI)
    4.   Case Group Weights (CGW)
    5.   Casemix Index (CMI)
  • -Mengkaji dan membentangkan perbelanjaan jabatan menurut pengiraan Sistem Casemix
  • -Menjalankan latihan secara berterusan
    1.  Ketepatan dan kesempurnaan dokumentasi klinikal
    2.  Penetapan Kod ICD-10
    3.  Penetapan Kod ICD-9-CM
    4.  Pelaksanaan Clinical Pathway
  • -Menyelaras aktiviti Audit Klinikal di peringkat hospital
  • -Menyediakan Laporan Tahunan Sistem Casemix hospital dan lain-lain laporan yang diperlukan
  • -Melaksanakan Clinical Pathway diperingkat hospital

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

Rehat: 1.00 tengahari – 2.00 petang

Bahagian Dietetik & Sajian

Pengenalan

Bahagian Dietetik dan Sajian merupakan bahagian sokongan hospital yang penting dalam perkhidmatan hospital. Bahagian ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan makanan merangkumi merancang, menyediakan serta menghidang makanan yang berzat dan sesuai kepada semua pesakit di wad.  Selain itu, bahagian ini menyediakan perkhidmatan  pemakanan klinikal kepada semua pesakit yang dirujuk.  Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh unit ini  adalah secara professional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan Bahagian Dietetik dan Sajian ini  terdiri dari dua unit iaitu Unit Dietetik dan Unit Sajian. 

 

Unit Dietetik berperanan menyediakan perkhidmatan klinikal dan diet terapi kepada pesakit yang dirujuk manakala Unit Sajian menyediakan makanan yang sesuai meliputi Diet Penuh dan Diet Terapeutik kepada pesakit.  Selain itu, Unit Sajian menyediakan makanan kepada doktor bertugas atas panggilan. 

 

Untuk meningkatkan kualiti serta jaminan keselamatan makanan, bahagian ini  telah berjaya mendapatkan pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practice ) pada 2017 serta dalam telah  mendapatkan dan pensijilan HACCP (Hazard Anaytical Critical Control Point) pada Ogos 2020.  Bahagian Dietetik dan Sajian terdiri dari Pegawai Dietetik, Pegawai Penyediaan Makanan dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan serta Pembantu Penyediaan Makanan yang bertanggungjawab dalam penyediaan, penghidangan makanan kepada pesakit.  Unit ini bertanggungjawab untuk menyediakan kira-kira 650 diet dalam setiap waktu bagi setiap pesakit yang memerlukan makanan.  Bilangan diet ini melibatkan enam kali penghidangan waktu makan dalam sehari. Bahagian ini beroperasi setiap hari bermula seawal 6.00 pagi dan berakhir pada 7.30 malam.

 

Selain itu, mulai April 2021, unit ini telah terlibat dengan penyediaan makanan bagi pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di hospital ini dan menyediakan makanan petugas bencana yang menjalankan tugas merawat pesakit COVID-19 ini.

Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Dietetik:

    • -Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat ‘medical nutrition therapy’ dengan menggunakan ‘nutrition care process’.
    •  

    Perkhidmatan Sajian:

    • -Pembelian dan penerimaan barangan makanan mentah basah dan kering mengikut tatacara yang ditetapkan.
    • -Penyimpanan barangan makanan mentah basah dan kering mengikut SOP (Standard of Procedure) yang ditetapkan.
    • -Mengendalikan bahan masakan dan mengawal kualiti bahan makanan.
    • -Membekalkan diet berdasarkan pesanan diterima dari wad, sama ada diet normal atau diet terapeutik yang ditentukan oleh Pegawai Dietetik dan Pegawai   Perubatan.
    • -Merancang menu mengikut keperluan nutrisi, tatacara proses penyediaan makanan, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
    • -Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital akan dibekalkan diet kelas satu.
    • -Membekalkan bahan mentah kepada wad-wad dan Unit Pemulihan Carakerja untuk aktiviti pemulihan.
    • -Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.

Waktu Operasi

Perkhidmatan Dietetik:

  • 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Hari Ahad hingga Rabu)

8.00 pagi hingga 3.30 petang (Hari Khamis)

  •  
  • Klinik Dietetik Pesakit Luar: 
  • 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari (Setiap Hari Rabu)
  •  
  • Klinik Eating Disorder Kanak-kanak: 
  • 9.00 pagi – hingga 12.30 tengahari (Setiap Hari Selasa)

Perkhidmatan Makanan:

  • Waktu Operasi: 6.00 pagi hingga 7.30 petang (Setiap Hari)

Bahagian Kejururawatan

Pengenalan

Bahagian Kejururawatan terletak di  Aras 1 Bangunan Pentadbiran  bagi Pejabat Ketua Penyelia Jururawat Hospital dan bersebelahan dengan Unit Kualiti bagi Pejabat Penyelia Jururawat U41 dan U36. 

Perkhidmatan

Pentadbiran

1.1    Pentadbiran, organisasi, kepimpinan, pengurusan dan hala tuju.

1.2   Credentialing / Privileging

1.3   Komunikasi – Bahasa

1.4   Cuti –perancangan dan permohonan

1.5   Latihan – anggota kejururawatan

1.6   Kajian semula – Polisi & Prosedur

1.7   Tanggungjawab Penyelia Jururawat ke atas Jururawat atas panggilan

1.8   Database anggota kejururawatan

1.9   Penjawatan / penempatan Jururawat

1.10 Polisi – Pakaian Seragam Jururawat


Kejururawatan

2.1   Kemasukan pesakit ke wad – orientasi

2.2   Kemasukan pesakit ke wad – penilaian

2.3   Abscondment  (kehilangan pesakit)

2.4   Perancangan Perawatan Pesakit

2.5   Chaperone – pesakit perempuan

2.6    Pemeriksaan troli kecemasan

2.7    Persekitaran wad

2.8    Privasi pesakit

2.9    Pengendalian discaj pesakit

2.10  Pengendalian discaj atas kemahuan diri sendiri (AOR discharge).

2.11  Penyerahan laporan – Jururawat U32 atas panggilan kepada Penyelia Jururawat

2.12  Penyerahan laporan – Jururawat U32 ke atas Jururawat U32 atas panggilan

2.13  Penyerahan laporan – Jururawat U29 Y/M ke  Jururawat U32 Wad/Unit

2.14  Penjagaan kunci

2.15  Medication Error

2.16  Patient Identification

2.17  Pengendalian harta benda pesakit

2.18  Pesakit Jatuh

2.19  Pengendalian jenazah pesakit semasa di wad

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 am hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00am hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Psikologi & Kaunseling

Pengenalan

Bahagian Psikologi dan Kaunseling ditubuhkan di Hospital Permai sejak 1980-an. Perkhidmatannya bertumpukan kepada pengurusan psikososial pesakit psikiatri dan warga kerja Hospital Permai melalui pelbagai pendekatan psikologi. Statistik WHO mencatat peningkatan kadar peratusan populasi yang mengalami penyakit mental semakin menampakkan kepentingan perkhidmatan psikologi dalam komponen perawatan penyakit psikiatri secara holistik dan komprehensif. Laporan Mobiditi Survey Negara Malaysia yang juga merekod pertambahan masalah kesihatan mental mengukuhkan lagi peranan perawatan psikologi dalam perkhidmatan awam.

 

Bahagian Psikologi dan Kaunseling Hospital Permai beroperasi di banggunan Annex, Jabatan Pesakit Luar. Penjawatan di dalam bahagian ini terdiri dari pada 2 orang Pegawai Gred 44, 3 orang Pegawai Gred 41 dan 1 Penolong Pegawai Gred 27. Unit ini merupakan gabungan 2 profesion Sains Kesihatan Bersekutu iaitu, Profesion Psikologi Klinikal dan Profesion Psikologi Kaunseling. Pengurusan Bahagian Psikologi & Kaunseling adalah berpandukan kepada:

 

Polisi Bahagian Psikologi dan Kaunseling, HPJB

Pelan Pengurusan Operasi Profesion Psikologi Klinikal

Pelan Pengurusan Operasi Psikologi Kaunseling

Prosedur Operasi Standard:

-Kaunseling Kelompok

-Kaunseling Individu

-Penilaian Psikologi

-Psikoterapi Individu

-Psikoterapi Kumpulan

 

Polisi ini mengandungi maklumat, dasar, objektif dan prinsip-prinsip asas organisasi Unit Psikologi & Kaunseling, Hospital Permai Johor Bahru. Polisi Unit Psikologi & Kaunseling mematuhi arahan-arahan perbendaharaan, perintah am dan akta-akta yang berkaitan, serta menepati kehendak perundangan yang ditetapkan.

Perkhidmatan

  • PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KAUNSELING
  • Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada para pesakit dewasa, kanak-kanak & kakitangan Hospital Permai. Antara jenis perkhidmatan Kaunseling yang diberikan adalah:

    • -Kaunseling Individu
    • -Kaunseling Kelompok
    • -Kaunseling Keluarga

    Memberikan intervensi Kaunseling dalam kes-kes:

    • -Kes Masalah Pembelajaran
    • -Kes Ketagihan
    • -Kes Keibubapaan
    • -Kes kemahiran mengatasi (Coping skill)
    • -Kes Pengurusan tekanan
    • -Kes Kebimbangan
    • -Kes bunuh diri
    • -Kes Kecelaruan mental
    •  

    Mengendalikan aktiviti berbentuk program/kursus/bengkel kesihatan mental untuk pesakit dan juga keluarga pesakit

    Menyimpan dan mengeluarkan maklumat data statistik berkaitan dengan perkhidmatan Bahagian Psikologi dan Kaunseling

    Menjalankan ujian-ujian psikologi, analisis dan kaji selidik

    Menyampaikan ceramah-ceramah kesihatan mental dan juga psikososial

  •  
  • PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL

    •  
    • -Perkhidmatan Penilaian Psikologi

          -Perkhidmatan penilaian psikologi merangkumi:

    • -Penilaian fungsi kecerdasan (IQ)
    • -Penilaian neuropsikologi/kognitif (Kecederaan kepala, dementia, epilepsy, masalah ingatan dan lain-lain)
    • -Penilaina kecelaruan mental
    • -Penilaian personaliti
    • -Penilaian masalah pembelajaran
    • -Penilaian ke atas masalah perkembangan mental khusus seperti ADHD dan Autism
    • -Penilaian melibatkan kes-kes forensic

           (Penawaran perkidmatan penilaian-penilaian tersebut adalah bergantung kepada kewujudan alat penilaian)

    • -Perkhidmatan Intervensi Psikologikal

          -Perkhidmatan intervensi Psikologikal bagi merawat kecelaruan mental adalah meliputi pendekatan-pendekatan berikut:

    • -Cognitif Behaviour Therapy
    • -Terapi Kognitif
    • -Terapi Tingkahlaku
    • -Terapi Dinamika psikologi
    • -Terapi Expresif
    • -Jenis-jenis intervensi yang diberikan adalah dalam bentuk individu, kelompok, pasangan dan keluarga.
 

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00 pagi hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Patologi

Pengenalan

Bahagian Patologi Hospital Permai telah diwujudkan sebagai salah satu cabang di bawah direktorat sokongan klinikal dan ditempatkan di Aras 1, Bangunan Sokongan Klinikal Hospital Permai.

Bahagian Patologi menjalankan beberapa jenis ujian rutin asas bagi pesakit dalaman, pesakit luar yang hadir ke Hospital Permai, sampel yang diambil oleh pasukan CPU dari rumah pesakit psikatrik dan pusat pemulihan di sekitar Kempas, Johor Bahru.

Selain itu, Bahagian Patologi HPJB turut bertindak sebagai perkhidmatan sokongan utama bagi Patologi untuk Wad Bencana Negeri yang akan diaktifkan sekiranya terdapat sebarang bencana di Negeri Johor seperti kes-kes penyakit berjangkit seperti Zika, Ebola & Covid.

Perkhidmatan

  • Terdapat 3 jenis displin pengujian utama yang dijalankan di Bahagian Patologi iaitu:
  • -Patologi Kimia (Biokimia) / Klinikal – kajian perubahan kepada biokimia dalam cecair badan yang disebabkan oleh penyakit.
  • -Hematologi – kajian penyakit berkaitan darah dan komponen darah.
  • -Mikrobiologi – Kajian berkaitan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.


Patologi Kimia


Ujian Am Biokimia :

-Urea

-Sodium (Na)

-Pottasium (K)

-Creatinine (Creat)

-Phosphate (Phos)

-Calcium (Cal)

-Chloride (Cl)

-Uric Acid (UA)

-Magnesium (Mg)

-Total Bilirubin (T.Bil)

-Alanine Transferase (ALT)

-Aspartate Amino Transferase (AST)

-Total Protein (T.Pro)

-Albumin (Alb)

-Alkaline Aspartate (ALP)

-Cholestrol (Chol)

-Triglycerides (Tg)

-High Density Lipolipid (HDL)

-Low Density Lipolipid (LDL)

-Creatinine Kinase (CK)

-Lactate Dehydrogenase (LDH)

-Aspartate Amino Transferase (AST)


UjianSpesifik Protein : C-Reactive Protein (CRP)


Fasting Blood Sugar : Glucose (Gluc)


Theraputic Drug Monitoring (TDM)Lithium (Li)


Drug Screening (5 in 1) : 

-Amphetamine (ATS)

-THC (Cannabis)

-Opiate (Morphine)

-Benzodiazepines (Valium,Xanax, Librium, Ativan, Halcion, Diazepam, and Klonopin)

-Methamphetamine (Meth)


Pregnancy Test :  Urine Pregnancy Test (UPT)


ABG : Arterial Blood Gaseous (ABG)

Hematologi

-Haemoglobin, HB

-Platelete count, PLT

-Haematocrit, HCT

-Mean Cell Heamoglobin, MCH

-Actived Partial Prothrombin Time, APTT

-International Normalization Ratio, INR

-Prothrombin Time, PT

-White Blood Cells, TWBC

-Total Red Blood Cells, TRBC

-Full blood count, FBC

-Mean Cells Volume, MCV

-Mean Cell haemoglobin Concenteration, MCHC

-Manual White Blood Cells Differential Count, DC

-Erytrocyte sedimentation Rate, ESR

Mikrobiologi

-Blood Film For Malaria, BFMP

-Sputum Acid Fast Bacilli (AFB) for direct smear

-Stool Occult blood

-Urine Full Examination Microscopic Examination, U/FEME

-(Sugar, Protein, Ketone, Urobilinogen, SG,  pH, WBC, RBC).

-VDRL / RPR

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 am hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00am hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Pemulihan Fisioterapi

Pengenalan

Bahagian Fisioterapi mula beroperasi di Hospital Permai pada 2008. Objektif Bahagian Fisioterapi diwujudkan adalah untuk memberikan rawatan rehabilitasi kepada pesakit. Kini, Bahagian Fisioterapi meluaskan memberi rawatan rehabilitasi bukan shaja kepada pesakit malahan juga kepada staf di Hospital Permai.

Perkhidmatan

Perkhidmatan Fisioterapi Pesakit dalam :

-Merawat pesakit di wad yang ada rujukan dan aktif.

-Membuat ,merancang dan melaksanakan program untuk pesakit dan staf.

 

Perkhidmatan Fisioterapi Pesakit Luar:

-Menerima rujukan dari dalaman dan luar

-Melakukan rawatan dan merancang pelan senaman untuk pesakit dan staf

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 am hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00am hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Rekod Perubatan

Pengenalan

Bahagian Rekod Perubatan terletak di aras bawah Bangunan Pentadbiran, Hospital Permai Johor Bahru. Ianya diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N32 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) (KUP) N32, seorang Pembantu Tadbir Rekod Perubatan (KUP) N22, seorang Pembantu Tadbir (P/O) N19 dan 2 orang Pembantu Operasi N11. Manakala terdapat 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 ditempatkan sementara bagi membantu pengurusan rekod perubatan pesakit.


Perkhidmatan

-Mengumpul, menyemak dan menyediakan laporan statistik kesihatan.

-Menguruskan setiap permohonan Laporan Perubatan/Bedah Siasat.

-Menyimpan, menguruskan pinjaman dan pemulangan Rekod Perubatan Pesakit.

-Membuat koding bagi klasifikasi penyakit ICD-10 dan prosedur ICD-9CM.

-Mengendalikan Lembaga Perubatan setelah menerima arahan dari pihak Jabatan Kesihatan Negeri.

-Membuat pelupusan bagi setiap Rekod Perubatan Pesakit yang telah tamat tempoh penyimpanan.

Waktu Operasi

Ahad-Rabu: 8.00 am hingga 4.30 petang

Khamis: 8.00am hingga 3.00 petang

Waktu Rehat: 1.00 tengahari- 2.00 tengahari

Bahagian Kualiti

Pengenalan

Bahagian Kualiti Hospital Permai, Johor Bahru telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2004. Ini adalah berikutan dengan saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pekeliling Bil.(35) dlm KKM bertarikh 30hb Januari 2002 yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti. Ia bertujuan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Bahagian Kualiti Hospital Lama terletak di bangunan Klinik Pesakit Luar. Hospital Permai telah berpindah ke bangunan baru pada tahun 2012. Bahagian Kualiti terletak di Bangunan Pentadbiran Hospital Permai Baru.

Perkhidmatan

  • Bahagian Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti berikut: –

    1. Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital.
    2. Mengawasi pelaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti seperti yang ditetapkan oleh KKM.
    3. Mengumpul data aktiviti peningkatan kualiti untuk dianalisa dan menyediakan laporan.
    4. Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan “shortfall in quality” dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
    5. Merancang dan melatih anggota dalam pelaksanaan aktiviti kualiti.
    6. Mengendali dan mengurus urusan berkaitan pengauditan dan ‘survey’ dijalankan sama ada dalaman atau luaran.
    7. Menyelaras aktiviti berkaitan Keselamatan Pesakit Hospital Permai.
    8. Menyelaras pendaftaran dan pindaan borang perkhidmatan hospital.
    9. Membantu penyediaan hospital dan bahagian terlibat dalam pensijilan akreditasi.

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

Rehat: 1.00 tengahari – 2.00 petang

Bahagian Farmasi

Pengenalan

Bahagian Farmasi merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal yang utama di Hospital Permai. Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan konsep penjagaan farmaseutikal kepada pesakit secara menyeluruh di mana penggunaan ubat-ubatan secara rasional dan efektif dilaksanakan melalui sistem pengurusan bekalan yang cekap dan berkesan.

Perkhidmatan

  • 1. Perkhidmatan Farmasi Ambulatori
         – Membekalkan ubat kepada pesakit luar dan discaj di kaunter
         – Membekalkan ubat di Unit Farmasi MENTARI Pekan nanas, Pontian
         – Membekalkan ubat kepada pesakit semasa Home Medication Review (Pasukan Pskiatri Komuniti)
         – Menyediakan perkhidmatan nilai tambah untuk kemudahan pesakit mengambil ubat iaitu Ubat Melalui Pos (UMP), Farmasi Pandu Lalu (FPL), Sistem Pendispensan                       Ubat Bersepadu (SPUB) dan Kad Temujanji (KTJ)
         – Memberi pendidikan/ kaunseling ubat kepada pesakit dan/ atau penjaga
         – Melaksanakan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
         – Menyediakan perkhidmatan Farmasi Methadone kepada pesakit terpilih
         – Mengenalpasti isu-isu penggunaan ubat pesakit seperti Adverse Drug Reaction (ADR) dan alahan terhadap ubat
  •  
  •  2. Perkhidmatan Farmasi Bekalan Wad & Pengeluaran

          – Membekalkan ubat kepada pesakit dalam wad secara Unit Dose System (UDS) termasuk melalui Farmasi Satelit
          – Melaksanakan urusan pesanan, terimaan dan penyimpanan ubat-ubatan psikotropik
          – Membekalkan ubat psikotropik ke wad/ unit
          – Melaksanakan pemeriksaan wad/ unit mengikut jadual yang ditetapkan
          – Melaksanakan perkhidmatan prabungkus semula semua jenis sediaan ubat UDS, persediaan internal dan eksternal
          – Membekalkan cecair intravena ke wad/ unit
          – Mendispens ubat secara bedside-dispensing kepada pesakit discaj di wad

  •  
  • 3. Perkhidmatan Farmakoterapi
         – Mengambil sejarah ubat, memantau dan membuat intervensi farmaseutikal bagi pesakit yang dimasukkan ke dalam wad
         – Sebagai sumber rujukan kepada para doktor dan jururawat mengenai ubat-ubatan pesakit dalam wad dan berbincang semasa ward round
         – Memberikan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit di wad
         – Mendispens ubat secara bedside-dispensing kepada pesakit discaj di wad
         – Menguruskan pemonitoran ubat terapeutik (Therapeutic Drug Monitoring-TDM) pesakit dan interpretasi keputusan

  •  
  • 4. Perkhidmatan Farmasi Logistik
        – Melaksanakan perolehan, penerimaan, perekodan dan penyimpanan stok ubat dan bukan ubat
        – Membekalkan stok ubat dan bukan ubat kepada unit-unit pemesan

        – Melaksanakan pemeriksaan, pengiraan & verifikasi stok
        – Mengurusakan pelupusan dan hapuskira stok jika ada
        – Menguruskan aduan kualiti produk dan panggil balik produk sekiranya ada

  •  
  • 5. Perkhidmatan Farmasi Maklumat Ubat
         – Menjawab pertanyaan ubat yang diterima daripada ahli profesional kesihatan dan orang awam
         – Mengendalikan laporan Adverse Drug Reaction (ADR) dan Medication Error melalui Medication Error Reporting System (MERS) dalam talian
         – Mengendalikan permohonan memperolehi & menggunakan ubat kelulusan khas (UKK)
         – Bertindak sebagai sekretariat Mesyuarat JK Ubat & Terapeutik peringkat hospital
         – Mengendalikan semua jenis latihan anggota Bahagian Farmasi
         – Menguruskan semua bahan rujukan Farmasi serta membuat kemaskini Formulari Ubat dan menerbitkan buletin
         – Memproses dan mengedarkan kad alahan ubat kepada pesakit di wad/ klinik
         – Menyelaras pelaporan KPI, SMF, PF, QAP, HPIA dan semua jenis maklumbalas yang ditetapkan  

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

Rehat: 1.00 tengahari – 2.00 petang

Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi

Pengenalan

Bahagian ICT mula beroperasi pada tahun 2013 dengan pengisian perjawatan Juruteknik Komputer FT19. Bahagian ICT kini diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat F44. Peranan utama Bahagian ICT adalah dalam merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelenggara semua aktiviti dan program ICT di Hospital Permai Johor Bahru (HPJB).

Perkhidmatan

-Pemantauan Dan Penyelenggaraan Sistem Aplikasi

-Pentadbiran Emel

-Pentadbiran serta Pengurusan Perkakasan dan Rangkaian

-Pentadbiran Sokongan Teknikal Dan Pengurusan Aduan

-Pemantauan CCTV Sistem Kehadiran Secara Biometrik

-Pengurusan Auditorium Ixora, Bilik Seminar Ixora, Ruang CME dan Bilik Latihan ICT

-Laman Web dan Media Sosial

-Pengambilan Gambar Pesakit

-Penerbitan Multimedia

-Keselamatan ICT

-Pengendalian Persidangan Dalam Talian

-Latihan Dan Kursus

-Pemantauan Bilik-Bilik IT di Kompleks Perawatan dan Bahagian

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

(Rehat: 1.00 tengahari – 2.00 petang)

Skip to content