Hospital Permai Johor Bahru

kkk

DIREKTORAT perubatan

Bahagian Psikiatri Umum

Jabatan Pesakit Luar atau dipanggil Klinik Pakar Psikiatri / Klinik Pesakit Luar terletak di pintu masuk utama Hospital Permai bersebelahan dengan Bangunan Pentadbiran.

Bahagian Psikiatri Geriatrik

Klinik Psikogeriatrik Hospital Permai adalah klinik untuk merawat masalah psikiatri di kalangan warga emas 60 tahun dan ke atas. Klinik Psikogeriatrik Hospital Permai Johor Bahru telah bermula pada Januari 2020.

Bahagian Psikiatri Kanak-Kanak Dan Remaja

Bahagian Psikistri Kanak-kanak dan Remaja merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan di Hospital Permai Johor Bahru. Permulaan perkhidmatan adalah dengan sebuah klinik yang ditubuhkan pada 22 November 1999 dengan nama Pusat Harian Permai.

Bahagian Psikiatri Penagihan

Klinik ini memberi perkhidmatan kepada pesakit yang mengalami masalah ketagihan dan juga kepada pesakit yang mengalami masalah dual diagnosis iaitu mereka mengalami penyakit psikiatri serta masalah penagihan dadah dalam masa yang sama.

Bahagian Psikiatri Forensik

Perkhidmatan Bahagian Psikiatri Forensik pada umumnya berpusat di Kompleks Hawthorn. Kompleks ini adalah wad tahanan kes jenayah atas perintah mahkamah di bawah Seksyen 342, 344 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Bahagian Neuropsikiatri

Bahagian ini memberikan khidmat terdiri daripada klinik pesakit luar, rujukan pesakit dalam, Electroconvulsive Therapy (ECT), dan Electroencephalogram (EEG).

Bahagian Psikiatri Komuniti & Rehabilitasi

Perkhidmatan Bahagian Psikiatri Komuniti & Rehabilitasi dan terdiri daripada pasukan “Acute Home Care”, “Assertive Community Treatment” dan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) iaitu, Hentian Damai Pekan Nenas & Puncak Damai Masai. Fokus perkhidmatan Bahagian Psikiatri Komuniti & Rehabilitasi adalah memastikan kesinambungan perawatan psikiatri melalui sistem lawatan susulan dan penjagaan lanjutan kepada pesakit bersama keluarga mereka, serta memfokuskan pemulihan pesakit di dalam komuniti.

Bahagian Psikiatri Umum

Pengenalan

Unit Pesakit Luar atau dipanggil Klinik Pakar Psikiatri atau Klinik Pesakit Luar terletak di pintu masuk utama Hospital Permai bersebelahan dengan Pejabat Pentadbiran, di belakang Unit Kebajikan Sosial Perubatan dan di belakang Mini Mart.

 

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah pengendalikan kes-kes baru dan kes-kes ulangkaji / temujanji dengan Pakar Psikiatri  atau Doktor sama ada di Klinik Pakar Psikiatri Kanak-kanak, Klinik Psikiatri Kanak-kanak, Bilik Terapi Permainan Kanak-kanak, Klinik Pakar Psikiatri Dewasa, Klinik Psikiatri Dewasa, Klinik Addiction, Klinik Anggota dan Keluarga, Klinik KOSPEN Plus, Klinik Pergigian, Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Perkhidmatan Kaunseling, Unit Farmasi Pesakit Luar dan Bilik Research.

Perkhidmatan

    

Klinik Dewasa (Klinik Pakar Psikiatri)

-Klinik Anggota dan Keluarga

-Klinik KOSPEN Plus

-Klinik Kaunseling

-Klinik Psikologi Klinikal

-Klinik Kaunseling Diet

-Klinik Pergigian

-Klinik Neurofisiologi – buat masa ini Ujian Electroencephaography (EEG) 

-Bilik Research

 

Pembahagian Perkhidmatan di Klinik Pesakit Luar Psikiatri (Perkhidmatan Klinikal)

 

Seksyen Klinik Dewasa

-Seksyen Triage dan Pendaftaran Pesakit

-Seksyen Pemeriksaan Vital sign dan Chapperon Pakar / Pegawai  Perubatan

-Seksyen Screening New Case / Audit EPRS

-Seksyen Missed Follow Up dan Defaulter

 

Seksyen Klinik Wellness dan Prosedur

-Klinik Wellness Anggota Dan Keluarga / KOSPEN Plus

-Klinik 3C

-Seksyen Prosedur

-Seksyen PSG dan Sleep Lab

 

Seksyen Promosi Kesihatan Mental dan Lain-lain Unit

-Promosi Kesihatan Mental

-Psychoeducation

-Seksyen Addiction

-Seksyen Pergigian

-Psikologi Klinikal

-Psikologi Kaunseling

-Seksyen Research / Clinical Trial

 

Perkhidmatan Bukan Klinikal :

 

-Pemantauan  Keselamatan Hospital

-Membantu menyediakan Audio Visual dan IT.

-Membantu memberi Taklimat kepada Pelawat dan Mengiringi pelawat.

-Gotong royong

-Pemantauan Bebas Denggi

-Pemantauan Kerja-kerja Medivest

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

 

Waktu Pendaftaran

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 12.30 t/hari / 2.00 ptg – 4.30 ptg

Hari Khamis : 8.00 pagi – 1.30 petang

 

Kategori Kes

-Kes yang hadir adalah kes pesakit luar untuk diulangkaji dan diberikan temujanji

-Kes “Walk in” / kes baru sama ada diberikan temujanji atau tidak

-Memberi suntikan kepada pesakit luar

-Kes “missed follow up” dan “defaulter”

 

Hari Klinik Pakar

-Hari Isnin hingga Rabu – Temujanji Pakar

-Hari Selasa dan Rabu – Temujanji Klinik Addiction

-Hari Selasa – Temujanji Klinik Psikogeriatrik

-Hari Rabu – Temujanji Klinik Clozapine

-Hari Isnin dan Rabu – Klinik Berhenti Merokok

-Hari Ahad hingga Khamis – Klinik KOSPEN Plus

-Klinik Pergigian Temujanji Luar ( Hari Ahad hingga Rabu)

-Klinik Pergigian Anggota dan Pesakit – Hari Khamis

Bahagian Psikiatri Psikogeriatrik

Pengenalan

Klinik Psikogeriatrik Hospital Permai adalah klinik untuk merawat masalah psikiatri di kalangan warga emas 60 tahun dan ke atas. Klinik Psikogeriatrik Hospital Permai Johor Bahru telah bermula pada Januari 2020.

Perkhidmatan

 

  • -Sesi pertama adalah pesakit >60 tahun yang baru akan dilihat oleh pegawai Perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Umum.
  • -Sesi “Psychoeducation” akan dijalankan pada temujanji ke 2 pada pukul 8.00 pagi – 9.00 pagi oleh anggota paramedik yang terlatih.
  • -Sesi 2 akan dikendalikan oleh Pakar Psikiatri, Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih / Pembantu Pegawai Perubatan di Klinik Psikogeriatrik Hospital Permai Johor Bahru.
  • -Sesi akan menggunakan modul yang telah ditetapkan oleh KKM.
  • -Mesyuarat Multidisiplinary Team (MDT) adalah sebulan sekali bergantung kepada pesakit yang memerlukan dan dihadiri oleh pegawai yang berkenaan setelah dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
  • -Sesi lawatan ke rumah akan dilakukan bergantung kepada kes dan jarak dari hospital.

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

 

Bahagian Psikiatri Kanak-kanak & Remaja

Pengenalan

Bahagian Psikistri Kanak-kanak dan Remaja merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan di Hospital Permai Johor Bahru. Permulaan perkhidmatan adalah dengan sebuah klinik yang ditubuhkan pada 22 November 1999 dengan nama Pusat Harian Permai, yang bertempat di simpang empat Jalan PersiaranTanjung, Tampoi, Johor Bahru.


Pada Jun 2004, klinik ini dipindahkan ke Pusat Kesihatan Mental Komuniti (yang terletak bersebelahan Klinik Kesihatan Kempas) dan pada tahun 2005, klinik ini mula beroperasi sepenuhnya sebagai Klinik Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja dengan nama Pusat Bimbingan Kanak-kanak dan Keluarga (PBKK).


Pada 16 Mac 2012, PBKK telah berpindah lokasi bersama-sama Hospital Permai Johor Bahru di bangunan baru di Jalan Persiaraan Kempas Baru. Semenjak itu, perkhidmatan psikiatri kanak-kanak dan remaja semakin berkembang, meliputi pesakit dalam dan luar, serta merangkumi pelbagai disiplin yang terdiri daripada perkhidmatan kaunseling dan psikologi, pemulihan carakerja, kerja sosial perubatan, farmasi dan dietetik.


Pada tahun 2020, perkhidmatan ini dikenali dengan nama Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja atau Child and Adolescent Mental Health Services (CAMHS), Hospital Permai Johor Bahru.


Fokus perkhidmatan adalah melakukan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit yang berusia antara 4 sehingga 18 tahun, bagi masalah emosi dan kelakuan serta masalah pembelajaran. Perkhidmatan ini juga bertujuan untuk memberikan sokongan dan bimbingan kepada ibu bapa, penjaga serta mereka yang terlibat dalam pengurusan pesakit.


Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja juga perlu berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain bagi memastikan pendekatan yang menyeluruh dalam menangangi pesakit dengan lebih efektif. Pekhidmatan pesakit dalam telah beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2022.

Perkhidmatan

Perkhidmatan Klinikal

  • -Rawatan kes – kes baru
  • -Rawatan kes – kes susulan
  • -Psikopendidikan
  • -Klinik Eating Disorder (Baru diperkenalkan)
  • -Rawatan pesakit dalam
  •  
  • Merujuk kes-kes berkeperluan kepada:
  • -Bahagian Kerja Sosial Perubatan
  • -Bahagian Kaunseling dan Psikologi
  • -Bahagian Pemulihan Carakerja
  • -Bahagian Dietetik
  • -Bahagian Fisioterapi
  • -Bahagian Farmasi (kaunseling ubat)
  • -Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
  • -Hospital Sultan Ismail Johor Bahru
  • -Lain-lain agensi kerajaan

KES YANG DILIHAT OLEH PERKIDMATAN INI

Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja ini merupakan satu perkhidmatan yang terdiri daripada pelbagai disiplin. Perkhidmatan ini menawarkan pemeriksaan dan rawatan bagi individu berusia 3 hingga 18 tahun bagi masalah perkembangan, emosi dan kelakuan.

 

Masalah perkembangan:

Contoh: Autisme, masalah perkembangan intelektual, masalah perbelajaran yang menyebabkan masalah emosi, kelakuan dan sosial.  

 

Masalah Kelakuan:

Contoh: Kelakuan antisosial dan masalah kawalan tingkah laku seperti mencuri, bertindak agresif, menipu, menyakiti binatang, merosakkan harta benda dan tidak mendengar cakap, tingkah laku hiperaktif

 

Masalah Emosi:

Contoh: Merasa sedih, tingkah laku tidak mahu ke sekolah, suka menyendiri, tingkah laku mencederakan diri sendiri atau membunuh diri, emosi yang tidak menentu, kemurungan disebabkan kematian seseorang, terlalu permalu

 

Masalah lain:

Contoh: Gangguan tidur, masalah pemakanan, berhalusinasi, psikosis, masalah ketagihan (dadah, rokok, gadget dll), berkelakuan pelik, tekanan perasaan disebabkan oleh penderaan atau trauma, pesalah juvana.

 

RAWATAN YANG DITAWARKAN

-Ubatan

-Psikoterapi (individu/ kumpulan)

  • -Sokongan sosial
  • -Intervensi di sekolah
  • -Terapi carakerja
  • -Bimbingan keibubapaan
  • -Intervensi bersama dengan agensi lain yang terlibat

Protokol Dan Caj Perkhidmatan Di Klinik Psikiatri Kanak-Kanak Dan Remaja

*Klinik ini beroperasi berasaskan temujanji. Klien boleh dirujuk oleh Pakar atau Pegawai Perubatan dari hospital kerajaan,hospital swasta,klinik-klinik kerajaan / swasta.

*Prosedur bayaran bagi perkhidmatan di klinik :

   -Untuk warga asing RM120.00 serta membawa surat rujukan hospital kerajaan atau surat rujukan hospital swasta.

   -Untuk warga Malaysia RM5.00 serta membawa surat rujukan hospital /klinik kerajaan atau surat rujukan hospital /klinik swasta.

   -Pembawa surat rujukan dari hospital/ klinik swasta-bayaran pendaftaran RM30.00.

   -Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) / Guarantee Letter (GL) kakitangan kerajaan / surat pengesahan dari sekolah adalah percuma.

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

-Pelanggan yang datang selepas jam 12.30 tengahari di minta datang jam 2.00 petang atau jika perlu boleh terus ke Bilik Daftar Masuk.

-Manakala bagi pelanggan yang datang selepas jam 4.30 petang di minta datang pada hari esok atau hari berikutnya atau jika perlu boleh terus ke Bilik Daftar Masuk.

 

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

-Hanya untuk kes temujanji khas dan ‘Walk In’

-Klinik ditutup selepas jam 2.30 petang

 

Waktu Pendaftaran

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 12.30 t/hari / 2.00 ptg – 4.30 ptg

Hari Khamis : 8.00 pagi – 1.30 petang

 

Jumaat & Sabtu serta Hari Kelepasan Am (KLINIK DITUTUP)

-Pelanggan yang datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Hari Kelepasan Am di minta datang pada hari esok atau hari berikutnya atau jika perlu boleh terus ke Bilik Daftar Masuk.

 

Bahagian Psikiatri Penagihan

Pengenalan

Bahagian Psikiatri Penagihan terletak di Jabatan Pesakit Luar  Hospital  Permai iaitu di sebelah bangunan Pejabat Pentadbiran dan dibelakang Unit Kebajikan Sosial Perubatan. Klinik ini memberi perkhidmatan kepada pesakit yang mengalami masalah ketagihan dan  juga  kepada pesakit  yang mengalami masalah Dual diagnosis iaitu mereka mengalami penyakit psikiatri serta masalah penagihan dadah dalam  masa yang sama.

Perkhidmatan

-Menyediakan kemudahan perkhidmatan rawatan Pakar kepada pesakit luar dan dalam yang mempunyai masalah letagihan dan psikiatri.

-Menerima kes rujukan daripada Pegawai Perubatan dari mana-mana fasiliti kerajaan serta rujukan dari Pengamal Perubatan Persendirian untuk masalah Dual Diagnosis.

-Menerima kes rujukan daripada Pegawai perubatan, Hospital Permai untuk rawatan pesakit Dual Diagnosis dan ketagihan.

-Memberi perkhidmatan kepada pesakit yang berumur 18 tahun keatas.

-Memberi rawatan Terapi Gantian Methadone  kepada pesakit  yang mengalami ketagihan opiat.

-Menjalankan Klinik Berhenti Merokok kepada anggota hospital dan pesakit Hospital Permai.

-Memberi perkhidmatan kepada pesakit psikiatri yang berada di PUSPEN, Kota Tinggi.

-Memberi latihan kepada Pakar Psikiatri, Pegawai Perubatan, Kakitangan sokongan di Hospital Permai dan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain untuk membuat penilaian ASSIST, ‘brief intervention’ dan ‘relapse prevention’.

Waktu Operasi

KLINIK PESAKIT LUAR

Setiap hari Ahad dan Rabu bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

 

KLINIK BERHENTI MEROKOK

Setiap hari Ahad dan Rabu  : 8.00 pagi – 1.00 tengahari

Bahagian Psikiatri Forensik

Pengenalan

Perkhidmatan Bahagian Psikiatri Forensik pada umumnya berpusat di Kompleks Hawthorn. Kompleks ini adalah wad tahanan kes jenayah atas perintah mahkamah di bawah Seksyen 342, 344 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Selain itu, kemasukan banduan di bawah Seksyen 36 Akta Penjara juga diterima masuk dari masa ke semasa jika perlu. Kompleks ini terdiri dari dua jenis wad iaitu wad kemasukan untuk penilaian dan penyediaan laporan mahkamah dan wad tinggal lama (tahanan selamat). Selain itu, lawatan pakar ke penjara juga dilakukan setiap bulan.

Perkhidmatan

-Menerima kemasukan kes-kes di bawah perintah Mahkamah di bawah peruntukan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah bagi tujuan penilaian dan penyediaan laporan mahkamah.

-Menerima kemasukan kes-kes tahanan selamat di bawah perintah Mahkamah di bawah Seksyen 344 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah

-Menerima kemasukan kes-kes pindah masuk banduan di bawah Seksyen 36 Akta Penjara.

-Menawarkan program rehabilitasi psikososial kepada pesakit-pesakit tahanan selamat yang bersesuaian sebagai sebahagian penjagaan dan rawatan yang komprehensif.

-Memeriksa banduan yang mempunyai masalah kecelaruan mental secara berkala setiap bulan di Pusat Koreksional Johor Bahru, Penjara Simpang Renggam dan Penjara Kluang.

-Membentangkan kes-kes forensik untuk pembebasan di bawah Seksyen 350 dan 351 Kanun Acara Jenayah kepada ahli-ahli Lembaga Pelawat (BOV).

-Pusat latihan untuk pegawai-pegawai perubatan program sarjana perubatan psikiatri dan Membership of the Royal Colleges of Psychiatry (MRCP), United Kingdom dalam bidang psikiatri forensik.

-Pusat latihan pakar-pakar psikiatri yang membuat Latihan subkepakaran dalam bidang psikiatri forensik.

Waktu Operasi

Hari Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang

Hari Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang

 

Bahagian Neuropsikiatri

Pengenalan

Bahagian Neuropsikiatri berpusat di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Permai Johor Bahru (HPJB) iaitu di sebelah Bangunan Pejabat Pentadbiran dan di belakang Bahagian Kerja Sosial Perubatan. Bahagian ini memberikan khidmat terdiri daripada klinik pesakit luar, rujukan pesakit dalam, Electroconvulsive Therapy (ECT), dan Electroencephalogram

(EEG).

Klinik pesakit luar dan rujukan dalaman ini memberi perkhidmatan kepada pesakit yang mengalami masalah Neuropsikiatri.

Perkhidmatan

Penyakit Neuropsikiatri:

1. Gangguan perasaan, dan psikotik disebabkan oleh sawan.

2. Penyakit neurokognitif e.g. Alzheimer’s disease, Frontotemporal Dementia, Vascular Dementia,

3. Penyakit pergerakan e.g. Drug-Induced Movement Disorder, dan gangguan perasaan, psikotik atau kognitif disebabkan oleh Parkinson’s Disease, Huntington’s Disease, etc.

4. Gangguan perasaan, psikotik dan kognitif disebabkan oleh kecederaan otak (Acquired Brain Injury, Traumatic Brain Injury).

5. Masalah psikiatri yang menyerupai masalah neurologi i.e Functional Neurological (Conversion) Disorder.

6. Gangguan perasaan, psikotik dan kognitif disebabkan oleh jangkitan otak, ketumbuhan dalam otak, penyakit autoimun, atau struktur otak tidak normal e.g. Encephalitis, brain tumor, etc.

7. Masalah tidur e.g. Primary Insomnia, Hypersomnolence Disorder, Narcolepsy, dan Parasomnias (Restless Leg Syndrome, Periodic Limb Movement Disorder, REM Behavioural Sleep Disorder, NREM Behavioural Sleep Disorder, Nightmare Disorder).

Waktu Operasi

Klinik pesakit luar:

Setiap hari Isnin dan Rabu bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

 

Electroconvulsive Therapy (ECT):

Setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

 

Electroencephalogram (EEG)

Setiap hari Isnin dan Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

(Kes kecemasan memerlukan EEG pada waktu selain yang ditetapkan, perlu perbincangan bersama Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas)

Bahagian Psikiatri Komuniti & Rehabilitasi

Pengenalan

Perkhidmatan Bahagian Psikiatri Komuniti & Rehabilitasi dan terdiri daripada pasukan “Acute Home Care”, “Assertive Community Treatment” dan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) iaitu, Hentian Damai Pekan Nenas & Puncak Damai Masai. Fokus perkhidmatan Bahagian Psikiatri Komuniti & Rehabilitasi adalah memastikan kesinambungan perawatan psikiatri melalui sistem lawatan susulan dan penjagaan lanjutan kepada pesakit bersama keluarga mereka, serta memfokuskan pemulihan pesakit di dalam komuniti. Perkhidmatan ini berpusat di Kompleks Olive Hospital Permai dan bekerjasama dengan Unit Perubatan Carakerja, Unit Kebajikan Sosial Perubatan, agensi-agensi kerajaan serta bukan kerajaan yang lain dalam pelaksanaan program rehabilitasi untuk pesakit, seperti Program Sokongan Pekerjaan (SE), Program Sokongan Perumahan (SHARe), dan program RESTART bersama PERKESO.

Waktu Operasi

Setiap hari Ahad dan Rabu bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Skip to content