Pengenalan
Bahagian Kejuruteraan dan Pembangunan merupakan salah satu bahagian di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Permai Johor Bahru (HPJB). Berperanan menguruskan hal-hal berkaitan permohonan, pelaksanaan dan juga pemantauan projek-projek oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Bahagian Kejuruteraan dan Pembangunan juga menguruskan hal ehwal berkaitan penyewaan Premis Demis di HPJB dan bertanggungjawab dalam memastikan prestasi perbelanjaan Peruntukan BP00600 (Pembaikan, Naiktaraf dan Baikpulih) dan BP00900 (Penyelenggaraan dan Pembaikan Kuarters) telah dilaksanakan sebelum berakhir tahun kewangan. Bahagian ini juga, memantau Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dan Program Kelestarian (Sustainability Program) yang diberikan oleh syarikat konsesi dan menyelia projek-projek naiktaraf, pengurusan aset tak alih (PATA) serta memberi khidmat nasihat teknikal kepada Jabatan. Selain itu, bahagian ini menguruskan permohonan kuarters bagi kakitangan HPJB serta membantu (PSH) dalam menyelenggara dan membaikpulih kuarters.