Tekan untuk hubungi 999 dengan segera.
Tekan untuk hubungi Talian HEAL 15555 atau 999 dengan segera untuk mendapatkan bantuan.
Tekan untuk hubungi talian HEAL 15555 bagi mendapatkan bantuan dan nasihat awal.
Tekan untuk hubungi Talian Kasih 15999.
Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya menunjukkan tingkah laku berisiko seperti cubaan mencederakan diri atau orang lain, tingkah laku agresif, halusinasi, atau kemurungan yang teruk.
TIDAK. HPJB tidak mempunyai perkhidmatan kecemasan 24 jam. Sekiranya berlaku kecemasan, pesakit perlu mendapatkan rawatan di hospital yang mempunyai Jabatan Kecemasan 24 jam atau menghubungi 999. Perkhidmatan ambulans juga tidak disediakan untuk membawa pesakit datang ke hospital.
Pesakit perlu mendapatkan rujukan daripada fasiliti kesihatan (Klinik/Hospital) berhampiran sebelum hadir ke Jabatan Pesakit Luar HPJB untuk penetapan tarikh temujanji.
Isnin-Khamis : 8.00 pagi – 5.00 petang (Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang)
Jumaat : 8.00 pagi – 3.30 petang (Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang)
Hujung Minggu & Hari Kelepasan Am : Tutup
Wad Forensik
Dengan kebenaran khas Pengarah Hospital Permai Johor Bahru.
Lain-lain Wad
Isnin-Sabtu : 1.00 tengahari – 2.00 petang & 5.00 petang – 6.30 petang
(Pelawat dikehendaki mengambil pas pelawat di Pondok Keselamatan Pintu Masuk Utama HPJB)
Bilakah masa operasi Klinik Pakar?
Isnin-Khamis : 8.00 pagi – 5.00 petang (Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang)
Jumaat : 8.00 pagi – 3.30 petang (Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang)
Hujung Minggu & Hari Kelepasan Am : Tutup
Isnin-Khamis : 8.00 pagi – 5.00 petang (Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang)
Jumaat : 8.00 pagi – 3.30 petang (Rehat: 1.00 petang – 2.00 petang)
Hujung Minggu & Hari Kelepasan Am : Tutup
Caj kemasukan adalah tertakluk kepada kadar yang ditetapkan. Sila rujuk Jadual Caj Bayaran hospital. Klik di sini.
Pemotongan atau pengecualian bil boleh dipertimbangkan kepada pemegang Kad Kebajikan Masyarakat, Kad OKU, pelajar sekolah serta kakitangan kerajaan tertakluk kepada syarat semasa.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti Kad Kebajikan Masyarakat, Kad OKU, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL) atau dokumen sokongan lain yang berkaitan.
Permohonan boleh dibuat di Unit Rekod Perubatan dengan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan dokumen sokongan yang berkaitan. Semakan boleh dibuat menerusi pautan sistem ini
Tempoh penyediaan adalah tertakluk kepada jenis permohonan dan kelulusan pegawai perubatan.
PESAKIT, WARIS TERDEKAT ATAU WAKIL YANG DIBERI KUASA dengan dokumen sokongan yang sah.
HPJB adalah HOSPITAL KERAJAAN dan merupakan salah satu fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
TIDAK. Pengunjung dinasihatkan supaya tidak membawa barang berharga dan sentiasa menjaga harta benda serta kenderaan masing-masing semasa berada di kawasan hospital.