1. Emosi yang Intens
Individu dengan BPD sering mengalami emosi yang intens , kuat dan berubah dengan cepat, seperti kemarahan, kesedihan, dan kebimbangan. Untuk menguruskan emosi ini:
-Terapi
-Kesedaran Mindfulness: Amalan teknik kesedaran dapat meningkatkan kesedaran emosi dan mengurangkan reaktiviti emosi.
2. Hubungan Interpersonal yang Tidak Stabil
Individu dengan BPD mungkin menghadapi kesulitan dalam menjaga hubungan. Untuk meningkatkan kestabilan hubungan:
-Kemahiran Berkomunikasi
Belajar kemahiran berkomunikasi yang berkesan dapat membantu individu menyatakan keperluan dan perasaan mereka tanpa menggunakan tingkah laku impulsif atau merosakkan.
-Menetapkan Sempadan / Aturan
Menetapkan sempadan yang sihat dan jelas dalam hubungan agar dapat mengurangkan kerisauan akan ditinggalkan. Ini akan mendorong hubungan yang lebih stabil.
3. Impulsiviti
BPD dikaitkan dengan tingkah laku yang impulsif, seperti perbelanjaan yang membazir, penyalahgunaan bahan psikoaktif, atau berulangkali menyakiti diri sendiri. Untuk menguruskan impulsiviti:
-Strategi Pengendalian Diri
Mengembangkan mekanisma pengendalian diri yang lebih sihat, seperti terlibat dalam hobi dan kemahiran, atau mencari sokongan dari orang yang disayangi semasa situasi yang tertekan juga boleh memberi faedah.
-Rancangan Keselamatan
Mencipta rancangan keselamatan untuk mengelakkan diri dari menyakiti diri atau tindakan impulsif adalah penting. Rancangan ini harus melibatkan individu yang dipercayai dan profesional.
4. Isu Identiti Diri
Individu dengan BPD mungkin menghadapi masalah dengan identiti diri mereka samada positif atau negatif. Contoh gangguan identiti diri termasuklah seperti merasakan diri serba kekurangan atau nilai diri yang tidak stabil. Untuk meningkatkan imej diri:
-Penerokaan Diri
Meneroka nilai, matlamat, dan minat peribadi boleh membantu individu memahami diri dengan lebih jelas.
-Pengukuhan Pandangan Positif
Amalan belas kasihan terhadap diri sendiri dan menggunakan pengukuhan positif boleh secara beransur-ansur meningkatkan harga diri.
5. Menyakiti Diri dan Pemikiran Bunuh Diri
BPD meningkatkan risiko tingkah laku menyakiti diri dan pemikiran bunuh diri. Penting untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang mengalami pemikiran ini:
-Bantuan Segera
Jika seseorang berada dalam krisis, cari bantuan segera dari profesional kesihatan mental atau perkhidmatan kecemasan.
-Terapi
Terapi jangka panjang dapat mengatasi isu-asas yang menyumbang kepada tindakan menyakiti diri dan pemikiran bunuh diri.